Isnin, 17 September 2012

Islam Alat PAS

Kedah Times dapat merasakan yang puak-puak PAS akan serang habis-habisan Dr Maza.

Lihat statement beliau dibawah yang terang-terangan merujuk kepada perbuatan puak-puak PAS. Apakah mereka masih tidak sedar yang selama ini Islam dijadikan alat untuk mereka mendapatkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi, samada mereka lupa janji-janji mereka atau mereka turuti kehendak DAP atau PKR.
Jikapun mereka tidak dapat menjawab lontaran Dr MAZA ini, mereka mungkin akan melakukan spin ke atas apa saja perkataan atau ayat Dr MAZA ini.  


Bagaimana mereka boleh spin idiom yang digunakan Tun DRM, begitulah juga mereka boleh lakukan perkara yang sama kepada Dr. MAZA.
Inilah jadinya jika Islam dijadikan alat untuk cita-cita mereka.


SHAH ALAM - Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.

“Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja," katanya.

1 comments:

1 Melayu berkata...

PAS dapat hidup dan bertahan hingga kehari ini bukan kerana kekuatan ahli atau kebijaksanan Pemimpin mereka tetapi kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan nama ISLAM.Jika nama Parti Islam SeMalaysia di gugurkan dan diganti denga nama yang tidak ada langsung nama ISLAM maka PAS akan hancur lebur,kalau nak tahu cuba tukar nama Parti Islam ,esok juga kita akan dapat lihat kesanya ?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates