Selasa, 11 September 2012

Isu Nasharuddin: Bukti Darjat Karpal Lebih Tinggi Dari Anwar


Buat pertama kalinya, pihak Anwarinas di dalam PAS kalah.   Kalah kerana gagal mempengaruhi Majlis Syura untuk mengambil tindakan ke atas Nasharuddin setelah ‘mencari fasal dengan DAP’.   

Kita sedia maklum bahawa pihak Anwarinas di dalam PAS telah hampir berjaya ‘membersihkan’ sepenuhnya pengaruh golongan Ulama sehingga ke kepimpinan atasan.  Tetapi, nampaknya, dengan kekalnya Nasharuddin di dalam PAS, pihak Anwarinas kemungkinan besar akan menghadapi tentangan hebat untuk mengukuhkan kuasa hingga ke puncak.  

Sebelum ini, kumpulan Anwarinas telah berjaya menyingkirkan Hassan Ali atas alasan melanggar dasar PR.    Salah Hassan Ali ialah menentang usaha memurtadkan umat Islam oleh puak Kristian yang dinaungi DAP serta mengkritik Karpal Singh dengan keras.  

Namun, entah kenapa alasan yang sama tidak digunakan, malah tidak dibincangkan pun terhadap Nasharuddin sedangkan ia hampir sama saja.   Sedangkan umum tahu bahawa Anwar telah pun menggerakkan usaha untuk meyakinkan Majlis Syura agar memecat Nasharuddin.  

Nampaknya, rancangan Anwar tidak diendahkan oleh Majlis Syura sedangkan sebelum ini, segala-gala tindakan yang diambil PAS wajib direstui oleh Anwar.   Entah kenapa kali ini, apa yang Anwar mahukan tidak dapat dipenuhi oleh PAS.  

Pastinya PAS menyedari akan impak yang akan menimpa parti itu jika mereka mengambil tindakan terhadap Nasharuddin.  Pengajaran yang diterima mereka dari pemecatan Hassan Ali menyedarkan mereka bahawa akar umbi adalah lebih penting dari Anwar.  Malah Karpal juga lebih penting dari Anwar.  

Hanya kerana mengkritik DAP dan Karpal, seorang pemimpin PAS boleh dipecat tetapi kali ini, kes yang hampir sama tidak pula di bawa ke perbincangan Majlis Syura walaupun ia bertentangan dengan kemahuan Anwar.

Inilah bukti bahawa darjat Karpal atau DAP adalah lebih tinggi dari Anwar.   

Anwar tentunya semakin resah kerana walaupun kumpulannya sudah menyerap masuk dari dasar sehinggalah ke permukaan PAS, tetapi mereka masih lagi tidak mampu berdiri dengan yakin untuk terus mengambil-alih PAS dengan mudah.    

Sebenarnya, strategi Anwarinas ini tidak sukar dibaca.  Jawatan Timbalan Presiden yang ‘diberikan’ mereka kepada Mat Sabu hanyalah sementara bagi membuka jalan yang lebih mudah untuk Husam merampas kerusi tersebut kelak iaitu dalam Muktamar ke 59.  Perkiraan mereka, tidak mungkin Mat Sabu dapat menandingi Husam walaupun mungkin ramai di kalangan PAS yang musykil dan tidak bersetuju dengan Anwarinas.   

Kumpulan Anwarinas telah belajar dari kesilapan dengan tidak turut bertanding tetapi memberikan sokongan kepada Mat Sabu dalam pertandingan jawatan tersebut sebelum ini.  Ini kerana mereka takut undi kumpulan mereka terpecah lagi sepertimana yang berlaku dalam pertandingan sebelumnya.  
Siapa yang sangka bahawa dengan strategi yang dirancang kemas dan rapi, kedudukan Anwarinas masih juga belum pasti.  Malah, tidak mustahil kesabaran mereka selama ini tidak akan berakhir dengan kejayaan.  

Ini kerana manusia hanya merancang, dan Allah S.W.T jua yang menentukan – satu peringatan buat golongan Anwarinas yang masih gagal dalam perancangan mereka berkuasa di Malaysia walaupun mendapat bantuan dari kuasa besar dunia. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates