Khamis, 27 September 2012

Kadiaq Pasemboq Badut Politik


“Seseorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabila menempuh umur pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan “centralist” dan berkecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan atau konservatif”. Kenyataan Tun Mahathir di atas dipetik dari Kata Pengantar di dalam buku “Kassim Ahmad Mencari Jalan Pulang, Daripada Sosialisme Kepada Islam” terbitan Zi Publication 2008.
 
Sesetengah pihak berpendapat tiada istilah persaraan di dalam hidup seseorang politikus. Politik ibarat ketagihan seperti candu di dalam hidup mereka. Walaupun berbagai aktiviti cuba dipenuhi oleh tokoh2 politik ini tetapi hakikatnya mereka tidak dapat berdiam diri untuk mencampuri dan bersuara daripada luar Kerajaan baik di dalam bentuk kritik terbuka, menulis di dalam akhbar atau mengeritik di dalam memoir mereka.

Bapa Kemerdekaan Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman mengisi ruang persaraan beliau dengan menulis dalam akhbar The Star. Dalam ruangan “As I See It” dalam akhbar The Star Tunku banyak menulis kembali liku2 pengalaman politik beliau dan banyak menyindir dasar2 kepimpinan Mahathir ketika itu.

Tunku juga pernah kecewa selepas persaraan. Kekecewaan YTM Tunku ditulis di dalam buku beliau “The Political Awekening”-  “ After this (I recall with painful memory) I left the assembly with a few old faithfuls who accompanied me to the car, but the rest of the assembly continued with their deliberations without even a break of a few minutes to bid me farewell”.

Terdapat juga bekas2 pemimpin selepas persaraan, mereka sering dipanggil oleh pusat2 pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman bersama tokoh2 terkemuka yg lain untuk menyampaikan ucaptama kepada warga penuntut dan pemimpin2 muda generasi yg akan datang seperti Tun Dr Mahathir sendiri. Jasa2 mereka sering dikenang dengan dianugerahkan Doktor Kehormat dan berbagai lagi.

Sebaliknya ruang2 persaraan Kadir Sheikh Fadzir diisi dengan penglibatan beliau dalam himpunan haram Bersih 3.0. Kehadiran beliau dengan baju T kuning dalam perhimpunan bersih kelihatan seperti badut sarkas yg sedang juggle ‘bebola’ warna-warni di dalam persembahan sarkas.

Isi ucapannnya lebih kepada sekadar ‘ride along’ atau tumpang sekaki isu yg dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga. Air mukanya lebih kepada kerut kekeciwaan tidak diberi habuan oleh Kerajaan DS Najib bukannya kekeciwaan seorang pejuang tulin seperti tokoh2 PKM Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

Kekecewaan Kadir Sheikh Fadzir atau lebih mesra dengan panggilan Tok Kadiaq di kalangan orang Kedah jelas kelihatan apabila beliau berdegar2 menghentam parti dan pemimpin yg satu ketika banyak berjasa kepada beliau. Kesimpulannya, ‘the moral of the story’  tidak siapa dapat menduga bagaimana kesudahan seseorang politikus itu. Ada yg endingnya sebagai pejuang yg dikenang sepanjang zaman penuh dengan prinsip perjuangan dengan terpahat kukuh di dalam tinta sejarah, ada pula yg pupus kerana ketinggalan zaman. 

Udah2lah tu Kadiaq ... janganlah ditunjukkan sangat kebodohan tu ....

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Jenis mcm kadiaq ni masih dok berlambak dalam umno. salah sorangnya mat terap pencen dalam KT yang hidup dia cuma menghamba diri pada 3M.Bukan nak berjasa kat UMNO dan BN. Cuba hangpa tengok org baguih mcm Azimi Daim habih hangpa perambat keluaq dalam umno. Masa tu hangpa sayang sgt kat Kadiaq. Ni la nasib umno,hanya dengaq cakap org berjawatan dalam umno dan pengampu umno saja. Kami dari umno padang serai dok mantau hangpa dari jauh saja.

Tanpa Nama berkata...

Sama la dengan nasib kawan kita sorang tu....dari muda sampai ke tua tak pernah menang jawatan apa haram pun dalam umno bahagian dia....jawatan dalam masjid pun kalah...proksi dia dalam pbtm pun kalah bertanding. Dok harap jawatan yang dilantik je la....harap ehsan orang je la...lepas tu takut org2 umno apa2kan dia,dia berlakon la jadi org kuat 3M. Dia ingat orang bodoh mcm dia gamaknya....-Pak Non,Pokok Sena-

Tanpa Nama berkata...

Betoi kata anon-anon kat atas ni,geng-geng tua dalam umno memang perosak dan haram jadah. Dulu depa yang hisap jari tangan anwar masa dia tpm dulu tapi la ni geng-geng tua ni buat-buat berlakon benci sangat kat anwar. semua ni agenda cari makan saja ni. Kita kena bina umno baru lepas ni,tu pun kalau umno masih wujud lepas pru13.

mummy rokiah berkata...

Salam,
Tolong bagi credit to the owner please. Kalau ikut hukum hudud pencuri dihukum potong tangan.Curi article nak hukum apa?
MR BLOGPOST

Syburi Times berkata...

MR, maaf kerana tidak diletkkan kredit kepada owner. Artikel ini dipetik dari laman facebook yang menyiarkan tanpa ada kredit kpd pemilik asal.

Maaf.

Anak Kedah berkata...

Manusia jenis macam Anon Anon 28 sept 2012 memang berlambak dalam UMNO,mereka ini hanya tahu maki hamun orang saja.Semua orang buat salah belaka ,depa saja yang betul,lepas tu penakut pula nak buka topeng dan dok sembunyi dalam lubang najis Anwar Ibrahim.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates