Sabtu, 8 September 2012

Keris mengancam


20 Syawal 1433 H | 8 September 2012
Harakahdaily : Penduduk Cina resah replika keris di tiang lampu

Khairil Abdul Rahim, 07 Sep 2012

TEMERLOH: Penduduk berbangsa Cina di Mentakab dekat sini, merasa resah dan tersinggung dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang meletakkan replika keris di tiang-tiang lampu sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan di bandar ini sejak dua bulan lalu.

Bagi mereka, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai ahli majlis daripada pelbagai kaum sepatutnya boleh menilai sama ada sesuatu yang hendak dilakukan sensitif kepada sesuatu kaum ataupun sebaliknya bagi menjayakan semangat satu Malaysia.

(Gambar: Replika keris yang digantung sepanjang jalan di Mentakab, menakutkan penduduk Cina.)

Seorang penduduk Tan Siew Leong, 35, ketika ditemui berkata benda yang tajam dalam kepercayaan orang Cina atau Feng Shui, adalah tidak baik apa lagi dihalakan tepat ke arah rumah penduduk.

“Mungkin dalam tradisi orang Melayu perkara seperti ini tidak mengapa tetapi bagi orang Cina, terutama yang sudah berusia, itu menimbulkan persepsi yang negatif, tidak baik malah sebagai ancaman.

“Malaysia ini negara pelbagai kaum sepatutnya pihak kerajaan tempatan faham budaya bangsa-bangsa yang ada di sini,” jelasnya.

Tambahnya, dalam kepercayaan orang-orang Cina benda tajam yang terarah ke diri sendiri (atau tempat kediaman) boleh menimbulkan ketakutan kerana mempunyai bisa, mencelakakan dan akan terus mempengaruhi pada kejiwaan seseorang.
Bandar Mentakab mempunyai kira-kira 70 peratus penghuni berbangsa Cina yang tinggal di taman-taman perumahan. Wakil rakyat kawasan berkenaan ialah dari MCA dan BN.

Seorang penduduk dari Taman Mentakab, Chong Ting Mei, 73, mengakui beliau bersama 40 keluarga di situ merasa amat tidak selesa apabila sesuatu benda tajam dihalakan ke rumah atau kepada mereka kerana membawa maksud tidak baik.

Menurutnya, penduduk telah membuat aduan kepada pemimpin tempatan dan MPT, malangnya masih tiada respons daripada pihak berkenaan.

“Perkara ini sangat sensitif kepada kami yang berketurunan Cina. Tujuan diletakkan replika keris pada tiang lampu jalan itu masih belum terjawab.

“Jika tidak ada sebab yang penting, kami gesa supaya replika keris itu diturunkan segera,” katanya.

Sementara itu, ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan berkenaan.

Katanya, pihaknya sudah mendapatkan tandatangan penghuni Cina di bandar Mentakab untuk diserahkan kepada MPT dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihaknya akan menyediakan memorandum bantahan kepada MPT mewakili penduduk bagi menangani isu tersebut secepat mungkin.

“Kami juga sependapat dengan penduduk supaya MPT tukar replika keris itu dengan sesuatu yang lain dan tidak tajam jika mereka berhasrat mengekalkan hiasan pada tiang lampu berkenaan.

“Yang peliknya wakil MCA (berbangsa Cina) juga ada dalam mesyuarat majlis daerah... jadi kenapa tidak dibantah perkara yang menakutkan penduduk itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab Norazmi Abdul Majid, turut mengecam tindakan menggantung keris itu.

Katanya, ada pelbagai andaian dengan menggantung keris tidak bersarung seperti lambang Umno itu seolah-olah “mengugut” penduduk.

Tambahnya jika benar, nampaknya Umno masih tidak serik-serik dengan isu keris ini di mana BN kehilangan undi Cina pada pilihan raya umum yang lalu kerana dikaitkan Ketua Pemuda parti itu mencabut dan mencium keris dalam perhinpunan agungnya.

Nota:
Apakah orang Melayu hanya perlu menjaga hati dan perasaan kaum lain, sedangkan lain [Cina] tidak pernah menjaga hati serta perasaan kita [orang Melayu] terutamanya berkaitan dengan bangsa dan agama. Apakah orang Melayu perlu mesti mengetepikan ataupun membuang semua haknya yang merupakan identiti ataupun pusaka turun temurun semata-amata untuk menjaga harti dan perasaan kaum Cina dengan alasan takut, tidak selesa yang dianggap mengancam nyawa serta kehidupan harian mereka. Perlukan orang Melayu membuang Keris, lembing yang merupakan senjata tradisional Melayu yang menjadi simbol kepada Raja-Raja Melayu perlu di hapuskan dengan alasan ia mengancam kehidupan masyarakat Cina. Apakah bendera UMNO yang mempunyai lambang keris juga perlu dibuang kerisnya...........

Berapa ramaikah orang Cina mati kerana adanya replika keris seperti itu jika dibandingkan dengan kematian atupun kecerderaan akibat kemalangan jalan raya ataupun insiden semasa pembakaran mercun.

Berapa ramaikah orang Cina menjadi tidak siuman di Malaysia khasnya di MPT Mentakab akibat adanya replika Keris itu. Jika dibandingkan antara replika keris itu dengan asap pembakaran colok yang menjadi amalan budaya masyarakat Cina, yang mana lebih tidak selesa...... replika keris di pasang di atas tiang yang sedikit pun tidak mengganggu pandangan ataupun lalu lintas sesiapa pun. Tapi asap dari pembakaran colok besar yang dibakar di tepi jalan mengakibatkan jerubu dan bau yang tidak enak di persekitarannya, adakah bantahan timbul dari masyarakat Melayu, apakah Harakah ambil peduli hal ini.... 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Berita keluar dari haramkah ini ibarat baling batu sembunyi tangan. Sebab lambang UMNO juga berbentuk keris tak bersarung. Mereka mengajak orang ramai membenci UMNO dengan berita tentang keris ini. SETELAH SEKIAN LAMA keris digunakan, tidak menjadi masalah pun, cuma semenjak PAS bekerjasama dengan DAP semua menjadi tak boleh. PAS dah nak mampus...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates