Selasa, 25 September 2012

KUIN : Keluar sijil PONDOK


Kesian Kedah Times kepada 7 orang pelajar ijazah  Sarjana Muda AlQuran yang naik di atas pentas konvo menerima sijil mereka yang akhirnya diberitahu TIDAK diiktiraf MQA.

Ini membawa maksud yang sijil yang diperolehi selepas beberapa tahun berhempas pulas belajar tidak laku untuk digunakan samada melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi atau digunakan untuk memohon pekerjaan.

Taraf mereka hanya lepas pengajian pondok sahaja. Malah Kerajaan persekutuan mengiktiraf pelajar lepasan pondok dengan memberi pelbagai insentif untuk memajukan diri mereka.

Belanja benar sudah dibuat, beberapa tahun telah didedikasikan kepada pembelajaran di KUIN, akhirnya sijij yang diperolehi tidak diiktiraf.

Kedah Times menyalahkan pihak Kerajaan Negeri sebagai BOS nombor satu kerana melantik mereka-mereka yang nampaknya macam tidak layak untuk mentadbir KUIN. 

Dan ini membuktikan yang pentadbiran PAS Kedah amat lemah dan hanya banyak bercakap dari bekerja.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah disaran supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengkaji perjalanan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana timbul banyak isu membabitkan kolej universiti itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelbagai masalah dihadapi Kuin antaranya melibatkan kewangan dan program-program yang ditawarkan.

"Pada majlis konvokesyen Kuin 17 September lalu, tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran tidak dapat sijil mereka sebab tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Perkara ini adalah sangat malang dan sedih bagi graduan-graduan yang susah payah belajar tapi akhirnya tidak mendapat ijazah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat perkara ini kerana dapat dilihat dengan jelas pihak pengurusan Kuin alpa sehingga berlaku satu kesilapan yang sangat besar.
  
Akhbar tempatan pada Isnin melaporkan tujuh graduan terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada konvokesyen Kuin, 17 September lalu tidak diiktiraf kerana dokumentasi yang diserahkan kepada Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk dipanjangkan kepada MQA ditolak, atas alasan ia tidak menepati format ditetapkan.

Mahdzir berkata akibatnya graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.

"Selain menghadapi masalah itu, saya difahamkan Kuin turut menghadapi masalah lain iaitu tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang dengan beberapa pihak.

"Saya mendapat maklumat terbaharu mengenai bangunan yang digunakan untuk pengajian Teknologi Maklumat akan disita kerana gagal menjelaskan sewa selama sembilan bulan," katanya.

Beliau berkata Kuin perlu menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin kerana ia akan menjejaskan kredibiliti kolej universiti itu selain memberi persepsi buruk kepada masyarakat.- Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates