Jumaat, 7 September 2012

KUIN yang bermasalah

KUIN menjadi semakin terkenal semenjak PAS mengambil alih Kedah dari BN.

Terkenal bukan kerana KUIN telah menjadi sebuah institusi yang terbaik tetapi disebabkan masalah dalaman dan juga masalah kewangan yang amat tenat.

DUIT, STAF dan PELAJAR yang menjadi isu utama yang memburukkan lagi keadaan. Pengurusan kewangan yang tidak baik menjadikan KUIN dalam keadaan kekurang dana dan banyak berhutang sehingga staf menjadi mangsa.

Kenaikan gaji staf tidak berlaku seperti diwar-warkan. Pelajar Tahfiz KUIN dipindahkan dibawah YAYASAN ISLAM. Ada yang berdemo kerana ketidakpuasan atas beberapa tindakan dibuang dari KUIN.

Kini KUIN di audit oleh zakat pula kerana ada desas desus yang duit zakat pun diputaralamkan.



AUDIT JABATAN ZAKAT TERHADAP PENGURUSAN DERMASISWA ZAKAT KEPADA KUIN

6 September - Pada hari ini beberapa orang pegawai dari Jabatan Zakat negeri Kedah telah datang untuk mengaudit duit zakat yang telah diberikan oleh Jabatan tersebut kepada KUIN bagi tujuan agihan kepada para pelajar KUIN.

Mereka telah bertemu dengan Kartina Jabatan Bendahari KUIN dan mengambil butiran-butiran yang diperlukan bagi tujuan berkaitan.

Sebelum-sebelum ini Jabatan Zakat telah memberi bantuan yang sama namun desas desus meragui kerana pihak KUIN lambat membayar kepada pelajar hingga menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates