Khamis, 20 September 2012

Lihat betapa BODOHnya Naib Presiden PAS


Kedah Times kali ini ingin mengajak semua penyokong PAS terutama yang berada di Kedah yang juga dibawah pemerintahan PAS agar menilai apakah beliau ini sepatutnya dilantik menjadi Naib Presiden PAS?

PAS sering melaungkan untuk melaksanakan hudud sehingga sanggup bertelagah dengan sahabat baik Karpal Singh dari DAP, tetapi peliknya menoleh kebelakang apabila ada orang Islam lain yang menyarankan untuk melaksanakan hudud.

Sepatutnya beliau berterimakasih dan mempertahankan ADUN dari UMNO ini yang memang bersemangat untuk melaksanakan hudud.

Apakah orang/parti lain selain dari PAS tidak layak untuk melaksanakan hudud? Apakah hudud dan Islam hanya milik PAS seperti yang sering dilaungkan di atas pentas ceramah?

Apakah hukumnya Mahfuz yang tidak mahu menyokong saranan ADUN UMNO ini sebaliknya menyuruh orang lain mempertahankan nya.
Benarlah seperti kata orang, jika lulusan SPM seperti Mahfuz dilantik memjadi pemimpin, maka keputusan dan sikap standard SPM lah yang bakal diberikan.

Naib Presiden PAS yang hipokrit tentang hudud..... Dasar Anwarinas.... Kenapa la orang PAS masih menyokong orang seperti ini?

Mahfuz mahu Umno pertahan Ayub

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, 'hilang akal' kerana mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor.

 Beliau turut menggesa dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) memberi respons segera berhubung tindakan Presiden MCA itu.

“Saya ingin tahu sikap Umno berkenaan kenyataan Soi Lek bahawa Ayub sebagai orang hilang akal atau gila apabila menyatakan cadangannya untuk melaksanakan hudud di Johor.

“Perkasa dan Pekida juga digesa buat tunjuk perasaan kepada Soi Lek kerana memberi reaksi seperti ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas, semalam.

Sebelum ini, Soi Lek menyifatkan Ayub ' hilang akal' kerana mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di Johor dan menegaskan MCA pasti akan menentang usaha terbabit.

Dalam satu tulisannya di Twitter 1 Julai lalu, beliau berkata Adun Kemelah itu juga telah kehabisan idea sehingga berani menimbulkan cadanganberkenaan. 



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates