Rabu, 5 September 2012

Mana Enakmen Hudud Kedah?


Kali ini jawapan MB berlainan pulak. 

Pada peringkat awal memerintah dulu (sebelum Kedah dipandu oleh Jawatankuasa Pemandu), bila ditanya MB Azizan tentang hudud, jawapan beliau ringkas sekali, "Kita tunggu Kelantan buat dulu".

Nampaknya sampai kucing bertanduklah jawabnya. Sebab Kelantan kata Persekutuan tidak benarkan. Padahal Kelantan dikuasai mereka, balak dan tanah sewenang-wenangnya mereka tebang dan jual tapi mereka takut untuk melaksanakan undang-undang yang saban hari mereka kata nak laksana.

Kedah Times berani kata yang Nik Aziz tidak akan laksanakan hudud kerana beliau lebih menyanjungi DAP dan Anwar dari umat Islam lain.

Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.   Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.  

Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.   Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.  Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah. 

Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.  

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.  Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.   

Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.  

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.  

Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.  Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.  

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati. 

Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.  Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mana depa nak laksana. Cakap saja habuan muhong orang kampong. Depa dok kata UMNO tolak Hudud. Sapa orang UMNO yang tolak hudud. Yang UMNO kata tak mampu laksana lagi. Bila tanya depa itu juga depa jawab. Tapi tak pulak depa kata depa tu tak Islam. Tang UMNO pulak, jawaban yang sama tapi tak Islam. Kalau dah munafik macam tulah perangai depa. Aku kenai sangat la puak ni sebab ada saudara aku ni YB PAS kat Kedah ni. Aku kata bedepan dengan dia. Sengih-sengih macam orang tak ketahuan. Siang mai makan kenduri rumah saudara UMNO. Malam ceramah kata UMNO tak Islam. Tu yang dia mai makan kedarah tu boleh pulak. Halal ka????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates