Rabu, 19 September 2012

PAS memang Pakar mohong

Semasa dalam teksi tadi dari Subang Airport ke Hotel di PJ, Kedah Times ternampak kilang Calsberg yang masih tersergam indah beroperasi.

Malah Calsberg yang berada di Kelana Jaya itu ditawarkan kawasan yang lebih luas untuk mengembangkan operasinya oleh ahli Parlimen PAS.

Maka sampai hari ini PAS yang dulunya menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan bersubahat dengan minuman keras kini menjadi champion kepada penularan penggunaan arak.

Calsberg yang dijanjikan untuk ditutup sebelum ayam berkokok jika mereka memerintah, nampaknya sudah lenyap dalam agenda dan laungan. Malah mereka hanya mendiamkan diri perihal arak dan penjualannya.

Di Kedah yang PAS memegang majoriti kerusi DUN sehingga kini tidak melakukan apa-apa ke atas pusat penjualan minuman keras. Malah dibiarkan bebas sesiapa saja mengunjungi pusat-pusat tersebut tanpa gangguan. Lihat sebuat pusat penjualan dan hiburan di Jalan Alor Mengkudu, kawasan DUN Dr Ismail. Muda-mudi bebas beraksi dan minum.

Di Kulim Golf Club, arak dijual tanpa sekatan. Malahan Kulim Golf Club adalah dibawah urusan syarikat Kerajaan Negeri. Ini membawa maksud, kerajaan negeri Kedah terlibat secara langsung menjual arak.

Apa kata totok PAS dalam hal ini? Nak berdiam diri? Dan besubahat? 

Kedah Times sudah dapat mengagak jawapan standard mereka. Ini semua zaman UMNO yang luluskan.

Cuma Kedah Times nak tanya kalau masa atas pentas berceramah sedap mulut kata nak hapuskan, kenapa tak hapuskan bila dah ada kuasa? 

Sebaliknya puak-puak PAS kini lebih menumpukan perhatian memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO daripada melihat kepada isu-isu yang melibatkan ummah.

Mereka kini lebih suka makan daging saudara se agama dari berjuang untuk Ummah.

Itulah PAS, dulu, kini dan selamanya berbohong.

Ini petikan dari blog Pro PAS.


KELAB MALAM TUMBUH SEPERTI CENDAWAN DI KEDAH...

PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil mengapa kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan pas yg menperjuangan islam..diman pemimpin2 pas yg mahu mencegah amar'makruh nahi mungkar...!!! 

Siapa sangka kerajaan yg memerintah kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar alor setar dan bandar-bandar besar dan kecik di kedah, sakit mata memanndang sakit hati lagi kita yg berugama islam yg memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara islam dan kedah sejahtera kini.kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan,di sekitar TESCO mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!! di sekitar alor setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

dimana exco kerajaan tempatan,ahli-ahli majlis yg memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi,bila di tanya kepada exco dan ahli majlis ..jawapan yg sama kita tak boleh buat apa-apa ? siapa yg berkuasa ..!!! jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi...? yg meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar alor setar..? siapa DO alor setar dan siapa Dato Bandar Alor setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yg memerintah,
jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar,mereka bukan saja jadi pengkianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yg berugama islam di kedah ini... 

Petikan : Kedah Kita


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates