Khamis, 20 September 2012

PAS sokong Ngeh perlekeh umat Islam?


Seperti yang Kedah Times katakan sebelum ini bahawa PAS bukan lagi memperjuangkan Islam. Mereka sudah jauh terpengaruh dengan PKR dan DAP.

Kemungkinan mereka lebih sekular dari DAP atau lebih pluralisma dari PKR sudah ada. Tanda-tandanya semua sudah dizahirkan Allah SWT.

Jika pemimpin UMNO keluarkan satu idiom yang menyebut perkataan yang buruk, maka PAS akan spin sedaya upaya demi menampakkan yang pemimpin tersebut anti-Islam.

Tetapi apabila mereka menyokong tindakan menghina atau memperlekehkan orang Islam mempertahankan Islam dan nabinya, tiada kata-kata membantah dari mereka sendiri. Sebaliknya mereka mencari ayat, kaedah atau apa saja untuk menghalalkan perbuatan atau sokongan mereka.

Apa nak dikata, negara Islam sudah ditukar ke negara berkebajikan. Maka Islam sudah tidak perlu diperjuangkan.

Kepada penyokong PAS, tinggalkan perjuangan sekular dan pluralisma yang telah meresapi PAS.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai perhimpunan yang hendak diadakan Jumaat ini berhubung filem menghina Nabi Muhammad SAW, tidak sepatutnya dikeluarkan.

“Saya menasihati Pengerusi DAP Perak ini supaya tidak menyentuh lagi perkara yang berkaitan dengan agama Islam kerana boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini ,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pas Johor menyifatkan mesej Twitter, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tentang perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang bakal diadakan di Ibu Kota, Jumaat ini, sebagai kenyataan peribadi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dzulkefly Ahmad berkata,“Itu adalah pendapat (mesej Twitter) dia dan hak dia berkata sebegitu.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates