Rabu, 19 September 2012

Penghinaan Terhadap Islam dan Nabi


Dalam soal ini kita umat Islam tidak kira fahaman politik patut bersatu menentang mereka yang kononnya berpegang kepada kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Bagi mereka, hanya mereka saja yang bebas bersuara dan ada hak. Tetapi orang lain yang tidak sebulu dengan mereka tiada kedua-duanya.

Itulah sikap kafirin yang menetap di Amerika, Eropah dan negara-negara lain. Dan kini faham puak-puak ini telah meresap masuk ke Malaysia melalui NGO, parti politik dan sebagainya.

Yang terang membawa fahaman ini ialah PKR dan DAP. Hak asasi dan kebebasan bersuara hanya selbelah pihak iaitu hanya untuk mereka. Pihak lain terutamanya UMNO tiada kebebasan dak hak.

Kebebasan menjahanam atau mengganggu kehidupan orang lain adalah hak mereka.

Islam memberi hak dan kebebasan tetapi ada batasannya. Sebab itu pertalian sesama manusia dan pertalian manusia dengan Allah senantiasa dititikberatkan. Ini akan sentiasa menimbulkan rasa hormat sesama manusia dan mengambiberat tanggungjawab kepada Allah.

Tetapi apa yang terjadi kepada PKR dan PAS? Mereka menepikan semua ini demi politik sempit mereka. Malah bersekongkol dengan DAP yang sentiasa memusuhi Islam.

Innocence of Muslims: Ketepikan Seketika Ideologi Politik

Sudah banyak bantahan dan demonstrasi di seluruh dunia dilakukan sebagai bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, sebuah filem kos rendah yang sudah tiga kali bertukar tajuk yang isi ceritanya menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.

Seluruh dunia sekarang sedang hangat membicarakannya walau pada awal kemunculan filem itu langsung tidak menarik perhatian ramai, namun kini kebanyakan orang sibuk memperkatakannya.

Dalam salah satu rusuhan dan bantahan berdarah di Libya, empat orang dilaporkan telah terbunuh termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Steven. Manakala di Pakisatan, seorang dilaporkan turut terbunuh.

Korban disebalik bantahan itu memperlihatkan betapa marahnya umat Islam terhadap penghinaan sedemikian rupa tapi di masa yang sama ia tidak membantu ke arah memperbaiki imej Islam di mata dunia.

Meluahkan bantahan dalam apa jua isu terutama sekali melibatkan maruah kesucian Islam sewajarnya dilakukan secara tertib dan berhikmah untuk mengelakkan sangka buruk dari terus menguasai minda masyarakat dunia.

Jika gagal mengawal keadaan sebaliknya mengundang pula huru hara disebabkan bantahan dan kemarahan yang tidak terkawal, musuh Islam yang menyokong dan menerbitkan filem Innocense of Muslims pula yang bertepuk tangan gembira meraikannya.

Di Malaysia bantahan secara kecil-kecilan sudah bermula sejak Jumaat lalu dan dijangkakan akan lebih besar selepas solat Jumaat minggu ini apabila dua parti utama yang 'bermusuhan', iaitu UMNO dan PAS kemungkinan akan bergabung tenaga untuk membantah filem tersebut.

Sayap kanan pemuda kedua-dua parti dilaporkan sedang menimbang saranan tersebut dalam usaha meneruskan tekanan ke atas penerbit filem Innocense of Muslims serta mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat supaya mengambil langkah perlu sesegera mungkin.

Sebelum ini, beberapa NGO seperti Pembela, Perkasa, JATI dan beberapa NGO lain telahpun menyuarakan pendirian masing-masing membantah filem Innocense of Muslim yang jelas jalan ceritanya bertujuan mencemarkan imej Islam itu.

Manakala Wisma Putra dalam kenyataan rasminya juga telah menyatakan bantahan rasmi berhubung perkara tersebut di masa yang sama mengecam sebarang bentuk keganasan termasuklah pembunuhan Duta AS ke Libya.

Sementara itu, walaupun belum ada kata putus secara rasmi dari sayap pemuda UMNO dan PAS berhubung cadangan bekerjasama meluahkan bantahan aman Jumaat nanti, tapi secara umumnya setakat ini ia mendapat respon positif dari kedua belah pihak.

Jika ia menjadi kenyataan tentunya akan membuka satu lembaran baru ke arah memperkukuhkan titik temu di antara kedua-duanya yang selama ini asyik bercakaran. 

Sesekali bersatu suara dan tenaga dengan mengetepikan seketika perbedaan politik tentunya manis untuk dikenang setidak-tidaknya dapat meredakan sedikit ngilu kesan luka gara-gara asyik tikam menikam sesama kita saudara seagama.

Dalam pada itu, tentunya kita tertanya-tanya mana perginya suara pemuda PKR (AMK) berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Takkan masing-masing ahli dan pemimpin PKR khususnya AMK hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bila melibatkan isu politik, bukan main garang hingga ada kereta polis diterbalikkan oleh penyokong PKR yang bersekutu dengan NGO BERSIH, takkan disebabkan isu kali ini membabitkan kesucian Islam dan tak menguntungkan politik PKR maka parti yang berketuakan imam mahdi palsu itu ambil langkah mendiamkan diri?.

Sewajarnya dalam isu filem Innocense of Muslims ini, semua pihak tanpa mengira perbezaan parti yang disokongnya dapat berlapang dada dengan menyuarakan bantahan yang sama, inilah waktunya untuk buktikan umat Islam di Malaysia ini tetap bersaudara.

Seeloknya pemantauan dari pihak penganjur bantahan aman kelak perlu rapi kerana kita tidak mahu keganasan seperti yang pernah berlaku dalam demonstrasi BERSIH 2.0 dan 3.0 berulang. Tidak salah menyuarakan bantahan secara terbuka tapi pastikan tertib dijaga.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates