Khamis, 6 September 2012

PR Mahu IbuBapa Ammar DiGantung


Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd. Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap, tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar, sepertimana yang ditulisnya: 

“LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!!  Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?”
    
Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati.  

Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya, walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.  

Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar wajar digantung!

Untuk seketika, penulis menjadi kelu dan bingung setelah membaca artikel tersebut.  Hilang kata-kata dibuatnya.  Apakah pemimpin PR merestui tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR tersebut.  

Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel tersebut, maka akhirnya penulis dapat memahami bagaimana otak atau minda penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak berfungsi.  

Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan penyokong-penyokong PR.   Bukan kita tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan hasutan.  
Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO, BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula.  Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan harian bersama rakan-rakan.   

Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani mereka setiap hari.  

Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut, kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri.  

Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri di khalayak ramai.   

Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain.  
Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata.  Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka.  

Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk.  Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran, sikap dan juga penampilan.  

Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan kemusnahan atau apa saja.  Bagai dirasuk iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan.  Kerana itulah kita melihat peserta-peserta demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana mereka sendiri tidak dapat memahaminya.  

Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada bersama kumpulan ini,  penulis artikel di laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan.  

Penulis berkata demikian kerana seorang yang benar-benar waras tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar.   Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim yang baik.  Mereka sanggup menelan rasa malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya.  

Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri.   Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut.  Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa.  

Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di sekelilingnya secara sedar.  Harapan kita agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar dan yang palsu.  

Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat melakukan yang sama.  Kita percaya, ibu bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai artikel yang ditulisnya.   Ini kerana kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan biadab terhadap orang lain.  

Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR.  Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti tersebut.  Mengundi parti yang gila, pasti akan membawa bencana.  

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada ibu bapa si budak nakal tu....kerana jujur dan menunjukkan nilai mulia dalam soal cintakan negara.... Kekesalan yang ada adalah sikap buruk pihak yang memperalatkan budah nakal tu untuk kepentingan peribadi dan politik. Tiba masanya untuk kita bertibdak menghapuskan petualang negara. Kepada pak cik dan mak cik yang berhati mulia terima kasih dan semoga allah emberkati...kami sayang malaysia dan kami bangga kerana pakcik dan makcik...juga lebih mencintai negara...... semoga anak akan segera sedar akan pengorbanan dan bebanan yang orang tuanya tanggung dek disebabkan ketelanjuran diri nyA....TERIMA KASIH TUAN DAN PUAN..KAMI RAKYAT MALAYSIA AMAT MENGHARGAIII

Tanpa Nama berkata...

Tuan blogger, nak hairan apa dengan puak2 putus wayar ne, kalau wayar depa elok, depa x buat benda pelek2 mcm ini la, pemimpin & pengikut PR sama saja, cakap serta berfikir pakai kaki & pungkor, aku tabik kpd ibu bapa budak ne, yang meminta maaf secara ikhlas, aku juga sependapat dgn PM tiada kompromi dlm proses melaksanakan undang2.

Tanpa Nama berkata...

dorang ingat klu dah meniti dewasa....mak bapak sudah tidak penting lagi kot utk mencorak dan mengasihani si anak....

silap la beb!!...ANAK TETAP ANAK..KLU BUAT SILAP IBUPAPA JUGA YG MENANGGUNG MALU...

PASAL APER....? MANA NAK LETAK MUKA NI..JIKA ANAK YG DIKANDONG..DISUSU..DIKENDONG...DEBESAR..DAN DISEKOLAHKKAN...BILA DAH DEWASA JADI HANTU!!!?

SYABAS KPD IBUBAPA AMMAR...TANGGUNGJAWAP ANAK YG SUDAH DEWASA DISERAH DAN TERLETAK KPD UNDANG-UNDANG NEGARA!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates