Sabtu, 8 September 2012

Satu Kajian Benar @ Fitnah : KASUT TERBANG MASUK MASJID Oleh blogger AloQStaQBlog ... Jom sama-sama kita kaji !

KedahTimes nak tolong kasi follow-up kepada AloQStaQBlog yang cuba mengkaji dan mendapatkan BUKTI KUKUH kejadian KASUT TERBANG MASUK KE DALAM MASJID Seberang Pumpong pada malam Anwar bertazkirah beberapa hari lepas.

KedahTimes sendiri agak keliru sama ada benar atau tidak tuduhan bahawa geng Perkasa telah membaling kasut ke dalam masjid, sehinggakan isu ini menjadi tajuk utama muka hadapan akhbar lidah rasmi kedua-dua parti terlibat iaitu Harakah & Warta Keadilan minggu ini, sedangkan pembuktian sebenar nampaknya seperti tidak ada.

Kalau lah ada bukti video yang menampakkan satu objek kasut atau selipar melintasi kepala para jemaah yang sedang mendengar tazkirah maghrib oleh tuan guru Anwar malam itu, sudah pasti screen shot video tersebut akan dijadikan bahan edaran dalam bentuk bercetak oleh PAS untuk diedarkan kepada segenap pelusok tanahair demi membuktikan bahawa Perkasa tidak hormati masjid. TETAPI sehingga kini tiada.

Tambahan pula, jika ada bukti bergambar/video kasut terbang tersebut, ianya boleh dibawa sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada Majlis Agama Islam Kedah untuk tindakan selanjutnya, ia juga boleh dilaporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk sebarang tindakan pihak berkuasa dalam menjaga kesucian institusi masjid. TETAPI sehingga kini tiada.

Berita KASUT TERBANG MASUK MASJID SEBERANG PUMPONG tu benar-benar berlaku kah? Ataupun ianya sebagai agenda fitnah, sekadar untuk menambah perisa kepada provokasi memburukkan demonstrasi oleh kumpulan Perkasa Kedah tempohari ? Pendekata, yang tiada di ada-adakan. INI BOLEH DISEBUT SEBAGAI FITNAH JAHAT TERHADAP PERKASA !

KedahTimes bersama-sama AloQStaQBlog DI SINI, ingin meminta bukti (jika anda ada) dalam apa jua bentuk sama ada bergambar/video/lain-lain mengenai kejadian KASUT TERBANG MASUK MASJID.

Jika ada, bolehlah kita sama-sama tengok dan buat laporan polis & laporan kepada MAIK.

Tetapi jika tiada ; terbuktilah PAS & PKR MEMANG PELACUR POLITIK YANG SANGGUP MELACURKAN INSTITUSI AGAMA ISLAM (MASJID) UNTUK MENIPU RAKYAT KESELURUHANNYA DEMI KEPENTINGAN POLITIK JAHAT MEREKA !!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Baling kasut pun nak jadikan isu ke? dah orang tak suka macam tu le jangan perasan semua orang suka kita yop, dalam sepuluh orang cuma 2 je suka kita jadi janganlah perasan, lepas tu pi pulak dok berleter kepada 8 orang tu macam 2 fitnah, emm apalagi kasut marilah h aha

Tanpa Nama berkata...

Benar atau tidak tentang isu kasut terbang masuk masjid ini hanya boleh dibuktikan oleh orang yang terkena kasut itu. Orang yang pertama kena kasut dibahu sebelah kiri yang memakai baju hijau sebelah kiri mahfuz dan kasut itu melantun dan terkena dahi/serban orang yang memakai baju dan serban hijau yang dapat dilihat dalam gambar yang dihasilkan oleh AloQStaQBlog . Cuba cari dan tanya kepada kedua-dua orang ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates