Isnin, 17 September 2012

Sik dalam 10%?


Harapan Kedah Times agar apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden UMNO ini 100% benar atau sekurang-kurangnya 90% benar.

Ianya bakal melegakan semua penyokong-penyokong UMNO samada ahli UMNO atau atas pagar atau dari dalam parti pembangkang sendiri.

Ini adalah kerana UMNO bukan sahaja mendapat undi dari ahlinya tetapi dari pengundi atas pagar dan dari kalangan ahli parti pembangkang juga.

Hanya tinggal 10% saja lagi yang menjadi masalah. 10% bermaksud 22 Bahagian lagi yang belum selesai. 

Bagaimana dengan Sik, Sg Petani, Merbok, Pdg Serai, Kulim/Bandar Bharu dan Baling? Apakah sudah selesai?

Apakah semua pemimpin-pemimpin utama dibahagian-bahagian ini boleh menerima hakikat jika mereka tidak terpilih?

Apakah mereka tidak akan melakukan sabotaj jika tidak terpilih?

UMNO harus bertegas kali ini. Tindakan keras perlu diambil ke atas pemsabotaj, penipu dan perosak imej UMNO.

Dan kepada pemain-pemain politik yang berleluasa dalam UMNO, lihat lah kepada UMNO dan bukan kepada individu tertentu dalam UMNO.

Masalah Dalaman Hampir Selesai : Naib Presiden UMNO DS @Zahid_Hamidi

ROMPIN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan.

Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.

Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman…jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini, Ahad.

Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang,”
katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. – BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates