Selasa, 11 September 2012

Suaram anak Haram


Jika petubuhan pun sudah dinamakan pertubuhan HARAM, maka tidak hairanlah jika DUIT haram pun boleh mereka sapu.

SUARAM, PERTUBUHAN HARAM dan DUIT HARAM adalah sinonim.

Hasilnya ialah satu gerakan haram untuk menjahanamkan negara. Menjahanamkan keamanan yang selama ini dikecapi. Menghapuskan kemerdekaan yang sudah diperolehi.

Eloklah jika semua yang terlibat dengan aktiviti HARAM ini, diharamkan dari menjejaki bumi bertuah ini.
Jika diberi ruang, mereka akan menjual Malaysia dipasaran HARAM.


Rakan Suaram ada kaitan Soros - Petikan Utusan

RASAH - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat, antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Mendedahkan demikian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, siasatan masih di peringkat awal untuk memastikan penglibatan individu itu yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998. 

"Siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen dan perjanjian kedua-dua pihak dan kita dapati NGO terbabit adalah salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar Suaram.

Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel (antara kedua-dua pihak)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Politeknik Nilai di sini hari ini.

Katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menyiasat lanjut perkara itu dan beliau menggesa Bank Negara untuk campur tangan.

"Bank Negara perlu menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bagi mengambil tindakan terhadap kemasukan wang yang meragukan," kata Ismail Sabri.

Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentukan status Suaram.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates