Selasa, 25 September 2012

SUARAM-PKR-DAP TIGA SERANGKAI TALI BARUT KUASA ASING


NGO hak asasi, Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.

OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.
Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan  Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.

Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu Afghanistan dan Iraq.

Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.

Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.


Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara telah dibongkar oleh media.

Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.

Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.

Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan  menghentikan penganiayaan terhadap sekiti mereka itu.

Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa mereka di aniaya kerajaan.

Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada 'gangguan' kerajaan.

Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?

Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram, Anwar dan DAP.

PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.

Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya. 

Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.

Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti juga kes Suaram di Malaysia.

Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.

Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih 1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti kerajaan dan mengancam keselamatan negara.

Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates