Rabu, 5 September 2012

Sumpah dan janji

Kehadiran PM ke majlis perasmian berkelompok mesyuarat bahagian-bahagian Kedah Selatan memberi seribu harapan kepada politik UMNO dan Kedah.

Ada enam bahagian UMNO di Kedah Selatan: Sik, Baling, Kulim Bandar/Bharu, Sg Petani, Pdg Serai dan Merbok.

Keenam-enam bahagian bermasalah. Sebab itulah agaknya PM sendiri yang datang merasmikan majlis tersebut. 

Mungkin TPM dah berjumpa dengan semua bahagian-bahagian tersebut pada bulan ramadhan lalu, tapi nampaknya apa saja kata-kata TPM hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. 

Ada 'kata-kata keras' dari PM kepada semua pemimpin-pemimpin yang hadir. Ada 'kata-kata sindir' dan juga ada 'kata-kata amaran' dilontarkan.

Adakah mereka semua ambil perhatian?

Hatta difahamkan ada baiah atau sumpah dilakukan dihadapan PM. Itupun kalau betul Kedah Times masih belum 100 peratus yakin yang mereka akan berubah.

Kegilaan untuk menjadi calon masih berlaku. UMNO sudah tidak wujud, yang wujud hanya mereka yang merasakan layak untuk bertanding.

Kedah Times menanti apa reaksi mereka-mereka ini yang bijak berlakon dan berjanji apabila tidak dicalonkan kelak.

Apakah mereka 'walk the talk' atau hanya munafik yang sentiasa berjanji tetapi sering mengkhianatinya.

AWAS! Rakyat sentiasa memerhati anda.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates