Rabu, 19 September 2012

Takut Undi Cina Lari, Mat Sabu Nafi PAS Mahu Laksana Hudud


Betapa hipokrit TIMBALAN PRESIDEN PAS seorang ini. Sekejap ada hudud, sekejap tiada hudud.

Memang benarlah kata Allah jika kita salah memilih pemimpin yang bukan dalam bidangnya, maka beginilah jadinya.

Yang diutamakan sokongan dan undi.  Yang lain tengok keadaan. Jika keadaan memberi kelebihan, maka itulah yang dilaungkan. Dinafikan jika tidak menyebebelahi mereka.

Jika inilah sikap seorang TIMBALAN PRESIDEN PAS, maka Kedah Times yakin jika berlaku peperangan, PAS akan kalah awal-awal lagi kerana TIMBALAN PRESIDEN mereka sebenarnya adalah munafik. 

Sikap orang-orang seperti ini wujud pada zaman nabi dahulu. Apabila berhadapan dengan musuh, merekalah yang lari dulu.

Kedah Times percaya bahawa perancangan Allah Maha Hebat. Mat Sabu diletak sebagai timbalan presiden PAS adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS bukan berjuang untuk Islam, tetapi atas kebencian kepada umat Islam yang berjaya menerajui pemerintahan negara.

Percayalah, Mat Sabu sebenarnya sedang menghancurkan PAS.
Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengaja memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?

Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan 'keinginan' PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?

Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada 'cita-cita' PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Patutnya jika betul PAS serius mahu laksanakan hukum hudud, Mat Sabu ataupun siapa sahaja pemimpin PAS tidak perlu melatah bilamana Sin Chew Daily menyiarkan berita tentang keinginan PAS untuk pinda perlembagaan negara demi menegakkan hukum hudud.

Inilah masanya yang sesuai untuk PAS buktikan isu hudud yang sering digebang siang malam di atas pentas politik selama ini bukannya sekadar modal politik dan umpan menarik sokongan orang Islam semata-mata.

Tapi bilamana Mat Sabu tiba-tiba sahaja menafikan berita tersebut, nampak sangat sebenarnya PAS tidak pernahpun bersungguh-sungguh untuk realisasikan janji perlaksanaan hukum tersebut.

Sahihlah PAS terlalu takut akan kehilangan undi orang Cina pro DAP dan PKR berbanding prioriti mengotakan janji perlaksanaan hukum hudud yang sudah bertahun-tahun menjadi umpan politik kepartiannya.

Soal perlaksanaan bukannya matlamat utama PAS, sebaliknya janji menegak hukum hudud hanya bertujuan untuk dipolitikkan bagi mengabui mata khalayak supaya yakin PAS adalah pejuang Islam, itu sahaja.

Sekarang, janji perlaksanaan hukum hudud sebagai senjata politik sudah bertukar menjadi boomerang yang mengasak tepat ke dahi PAS.

Terbukti benar polemik hudud sejak lebih 20 tahun lalu hanyalah senjata politik untuk kepentingan kepartian PAS sahaja bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates