Selasa, 18 September 2012

Tragedi jika PR memerintah

Kedah Times amat tertarik dengan artikel yang disiarkan oleh blogger HHalem dalam blognya.

Pertamanya, ulasan dan pendapat datang dari pendokong Majlis Peguam dan Pakatan rakyat sendiri.

Keduanya, ulasan yang bernas tentang kerosakkan yang dibawa oleh PR dalam cara memerintah. Mereka hanya laung tentang keterbukaan, ketelusan dan sebagainya, tetapi realitinya mereka mencapuradukkan semua hal dalam pemerintahan mereka. Sudah macam tiada batasan diantara penjawat awam (jentera kerajaan), pentadbir, ahli politik dan institusi Raja.

Ini kata-kata penyokong PR. Apakah anda yang berada dalam PAS dan PKR masih tidak mahu menerima hakikat sebenarnya?


AMARAN Majlis Peguam - “Tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang”

Oleh: HHalem.


Di Petaling Jaya semalam satu forum diadakan bertajuk “Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia”.

Panel terdiri daripada :-
1- Peguam Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam.
2- Bridget Welsh, Profesor Madya Sains Politik dari Universiti Pengurusan Singapura.
Andrew Khoo - “Bagi saya, tragedi besar
akan terjadi di Malaysia jika
PR menang dan kemudian
gagal sebagai sebuah kerajaan”
3- Peguam Lim Heng Seng. bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan

Kepada soalan mengenai samaada Pakatan Rakyat mampu dan bersedia kah untuk memerintah negara Malaysia selepas Pru13 nanti?

Ini jawapan-jawapan mereka.

Peguam Andrew Khoo :-
Pertamanya, untuk Pakatan merampas Putrajaya dan memerintah Malaysia adalah tipis samasekali kerana terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang keemasan tersebut.

Andrew Khoo berkata Pakatan tiada kredibiliti langsung kerana yang “menyekat kredibiliti PR” adalah kerana PR masih belum tampil dengan “kabinet bayangan” atau “kerajaan menunggu”.

“Walaupun mereka mempunyai dasar biasa dalam Buku Jingga... ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan... bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka,” – kata Andrew.

Andrew Khoo harus faham bahawa Pakatan memang lemah didalam hal ini kerana bagi mereka untuk mencari calon bertanding Pru13 pun satu masalah besar, ini kan pula hendak membentuk kabinet bayangan.

Pergolakan dan pergaduhan merebut jawatan menteri-bayangan akan berterusan dan menampakkan kelemahan dan akan menjurus kepada perpecahan. Mereka tidak mahu menteri-bayangan nampak berat sebelah kearah mana-mana parti. Ini yang Pakatan mahu elakan.

Keduanya, Andrew Khoo selanjutnya berkata bahawa amalan Pakatan Pembangkang “sentiasa mempunyai jawatankuasa tiga” mewakili DAP-PAS-PKR, tetapi apa yang dipersoalkan adalah, siapa paling “berwibawa” untuk bercakap mengenai dasar dicadangkan.

Dengan lain perkataan, Andrew Khoo mempertikaikan siapa yang memperkudakan siapa yang sebenarnya didalam Pakatan pembangkang. Siapa kah kuasa penentu didalam PR berbanding sepertimana yang terdapat didalam BN?

Ketiganya, Pakatan telah berjanji untuk menukar pelbagai dasar negara yang telah terbukti mantap sebagai sebahagian daripada kempen Pru13. Cadangan terbaru termasuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah dan menangani isu-isu wanita.

“Saya mempunyai kebimbangan. Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan. Itu akan dalam beberapa cara meletakkan kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pembangkang”

Ini merupakan rumusan terakhir dan mustahak bagi Andrew Khoo iaitu ia adalah satu tragedi jika Pakatan membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Profesor Bridget Welsh :-
Welsh juga seperti Andrew kurang yakin dengan sikap Pakatan yang suka mencampur aduk tugas penjawat awan dengan politik.

Kata Welsh, Pakatan akan bermasalah dan menghadapi “cabaran bekerja dengan penjawat awam” jika mengambil alih kerajaan pusat.

“Tidak pernah parti-parti politik yang mentadbir negara, birokrasi yang memerintah negara”

Kebimbangan Welsh memang berasas berdasarkan contoh-contoh yang ada di Selangor dan Pulau Pinang, dimana mainan politik Pakatan menganggu gugat kerja-kerja penjawat awam yang sepatutnya tidak perlu dicampur oleh orang-orang politik.

Rumusan kedua-dua diatas sudah tentu cukup merisaukan Pakatan.

Andrew Khoo adalah dari Majlis Peguam, dimana kita tahu mereka adalah jurucakap dan penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mereka sendiri juga mencampur aduk dasar-dasar majlis peguam dengan isu-isu politik yang berat sebelah. Majlis Peguam merupakan kaki pembangkang dan sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Yang menariknya disini ialah kata-kata diatas adalah pandangan Andrew Khoo, penyokong dan sekutu kuat PR, bukannya ciptaan kata-kata dari Umno-BN.

Masing-masing telah nampak kelemahan dan kepincangan Anwar/PR dan akan kalah teruk pada Pru13 nanti.

Soalan standard kepada PAS-PKR :-

Adakah Majlis Peguam sudah dibeli oleh Umno?

Adakah ia pandangan Majlis Peguam, atau ia adalah hal peribadi Andrew?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates