Jumaat, 5 Oktober 2012

100,000 Kakitangan Awam bakal hilang kerja

Kedah Times ingin menyarakan kepada kakitangan awam yang pro PR dan aktif memsabotaj apa saja perancangan kerajaan sekarang, fikir dua kali kerana kemungkinan anda semua bakal termasuk dalam angka 100,000 orang ini.

Anwar dan PR ini mana ada kerja lain selain memancing undi dengan memberi gula-gula yang boleh mengakibatkan kencing manis jika kita masih mempercayainya.

Bila dapat kuasa, habok pun dia tak buat apa. 

Contoh terbaik bila dia jadi Menteri Pendidikan, AUKU tak pun beliau mansuhkan, walhal masa diluar kerajaan akta itulah yang beliau sering gunakan untuk menyerang kerajaan.

Bila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, ISA tidak sepatahpun beliau sebut, walhal masa belum dalam kerajaan akat inilah dikatakan zalim dan sebagainya.

Malah kita semua ditipu dengan berpura-pura alim, walhal dibelakang kita beliau kaki pompuan dan jantan!

Pengurangan 100,000 anggota khidmat awam (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.

Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan.

Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan pentadbiran pembangkang dianggotai PArti Keadilan Rakyat(PKR) Pas dan DAP amat tidak kompeten untuk menguruskan perbelanjaan negara.

"Emolumen RM5.1 billion itu tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi lain seperti anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dan sebagainya.

"Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 billion dan jumlah ini sebenarnya lebih tinggi jika meliputi kenaikan gaji kumpulan tersebut di atas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tee yong menambah, jika pakatan pembangkang memerintah negara, mereka perlu mengurangkan 100,000 anggota perkhidmatan awam sebagai alternatif memenuhi bajet mengikut emolumen dianjurkan pada 2013, mengambil kira pelaksanaan gaji minimum sejagat. Perkara itukatanya, boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini pernah mencadangkan pengurangan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40 peratus.

Katanya, peruntukan mengurus bajet alternatif pembangkang juga meragukan kerana jumlah pembayaran pencen untuk 2012 dan 2013 adalah sama sedangkan terdapat pesara baru setiap tahun dan berlaku pelarasan pencen untuk kenaikan gaji seperti contoh anggota polis.

Bahkan kata beliau, bayaran pencen dan emolumen dinyatakan dalam bajet ini kurang daripada angka sebenar dan dilihat sama ada bagi melakar gambaran palsu defisit bajet yang kecil atau membuktikan pentadbiran tidak kompeten.

Dalam pada itu, menurutnya, pakatan pembangkang telah berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila menjadi kerajaan namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam bajet yang dibentangkan.

"Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri yang ditadbir mereka," katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

BANYAK NEGARA YANG TELAH MENJADI MUFLIS KERANA BERKEHENDAKKAN GAJI YANG TINGGI DAN HARGA BARANG YANG TIDAK TERKAWAL. BERINGATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates