Sabtu, 20 Oktober 2012

60 Dalil Penyelewengan PAS


Parti PAS banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan  sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng .

1. TAA'SUB
 
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taasub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN

PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK

PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH

PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA

Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH

Penyelewengan PAS terhadap wang 'Darul-Mal' yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI

Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG

PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan dan Kedah.

11. KENYATAAN PALSU

Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN

Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan dan Kedah

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD

Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. Begitu juga di Kedah yang awal-awal diberitahu MB Kedah yang mereka menunggu Kelantan laksana hudud dahulu.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN

Pembalakan di Kelantan dan Kedah disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN

Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN

Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN

Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT

PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM

PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam. Tokong Hindu di Kedah semakin hari semakin besar tanpa kawalan.

20. BAHASA LUCAH

Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku 'Shit'.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK

PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK

PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR

Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN

Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB

PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.

26. MAHU TAPI MALU

PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI

Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH

Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN

PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI

PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT

PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. BRIM, PRIMA, dan semua skim yang dilaksanakan kerajaan Pusat PAS kutuk, tapi menggesa pengikutnya merebut semua bantuan tersebut dan menyerahkan sebahagian kepada PAS.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK

PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH

PAS memerintah negeri Kelantan dan Kedah, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS

Tidak menunjukkan keikhlasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN

PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS

PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA

PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN

PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT

PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN

PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU

PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH

PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA

PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN

PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU

Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM

Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK

PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN

Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN

PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS

PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN

PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN

Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN

PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL

PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN

PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara. PAS membenarkan wanita berceramah politik didepan orangramai tetapi haram membaca Quran di Tilawah.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya. Tapi biarkan wanita jadi ADUN atau MP

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN

Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL

PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM

PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Sebagai rakyat Malaysia yang peka,perlu menolak PAS kerana mereka jelas menggunakan agama untuk kepentingan politik dan bukannya mahu memajukan rakyat dan negara.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates