Selasa, 9 Oktober 2012

Akhirnya PR Akur Berhimpun di Stadium Lebih Selamat

Pakatan Rakyat nampaknya terus berpegang kepada strategi ‘jalan belakang’ dan enggan berhadapan secara ‘anak jantan’ dalam Pilihanraya dalam usaha mereka untuk mengambilalih kuasa dari BN.   Ini terbukti lagi apabila mereka masih ingin mengadakan perhimpunan walaupun beberapa perhimpunan sebelum ini gagal mencapai jumlah sasaran.  

Perhimpunan kali ini dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dan dicadangkan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November 2012, jam 4 petang hingga 12 malam.  

Seperti yang umum sedia maklum, perhimpunan ini, seperti juga BERSIH 1,2 dan 3 adalah bertujuan untuk menanam prasangka buruk terhadap sistem pilihanraya negara, sebagai langkah awal untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.  

Ini adalah taktik kotor atau taktik pengecut yang sering digunakan oleh pihak yang tidak punya integriti serta tidak yakin yang mereka akan menang.  

Yang membuat perhimpunan ini agak ‘berbeza’ dari yang lain ialah kerana PR bercadang mengadakannya di dalam stadium.  Alasan mereka iaitu ‘menyahut seruan Perdana Menteri agar tidak menyebabkan kesesakanlalulintas’ tentulah menarik untuk dibincangkan.  

Alasan ini membuktikan bahawa seruan PM sebelum ini adalah rasional, tepat dan baik di mana dengan keengganan PR untuk menurutinya sebelum ini membuktikan bahawa mereka tidak rasional, tidak bertanggungjawab dan tidak bijak.   

Akhirnya, PR terpaksa mengakui bahawa ‘hobi’ mereka untuk berhimpun di jalanraya sebagai menyusahkan dan membangkitkan kebencian rakyat terhadap mereka.   

Bayangkan, sejak 1998 sehingga kini, setelah berpuluh-puluh perhimpunan yang mengganggu dan menyusahkan rakyat, baru hari ini mereka sedar yang mereka telah tersilap?   Dan baru hari ini mereka menyedari bahawa seruan kerajaan untuk berhimpun secara aman dan bertamadun di dalam stadium adalah tepat dan selamat?

Bagaimana kita boleh mengharapkan pemimpin PR memimpin negara jika mereka memerlukan masa yang begitu lama iaitu lebih sedekad untuk menyedari kesilapan setelah begitu banyak kemusnahan dilakukan?  

Bagaimanapun, kita tidak harus menaruh harapan yang terlalu tinggi bahawa PR telah menginsafi kesilapan lalu.  Ini kerana perhimpunan di dalam stadium ini masih di peringkat cadangan.  Tidak mustahil ia akan berubah ke jalanraya di saat-saat akhir.   Mungkin juga strateginya ialah para peserta akan meletakkan kenderaan jauh dari stadium dan berarak ke sana melalui jalanraya.  
Jangan sekali-kali lupa bahawa matlamat utama PR ialah untuk memperlihatkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak stabil, tidak aman, kerajaan kejam dan rakyat dalam keadaan marah yang amat sangat.  Matlamat ini tidak akan dapat dicapai jika rakyat hanya duduk diam memegang sepanduk dengan aman di dalam stadium, lebih-lebih lagi jika jumlah kehadian begitu corot seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0.  

Dan jangan lupa juga bahawa perhimpunan ini hanyalah langkah awal dari keseluruhan strategi untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.  Kemuncaknya, adalah di waktu pilihanraya itu sendiri.  
Justeru, rakyat wajar bersiap sedia menghadapi apa jua taktik kotor PR yang mampu memusnahkan segala nikmat yang kita kecapi hari ini dalam sekelip mata.  Belajarlah dari apa yang berlaku di Syria, Mesir, Libya dan Tunisia di mana pemberontakan yang berlaku tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak selain dari pihak asing. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates