Jumaat, 12 Oktober 2012

Amansuri Residence vs Tanah PYBK

Kedah Times ingin mengajak pembaca membaca artikel dan laporan dibawah. Kemudian fikir sejenak apa motif sebenar yang dirancang.

Jika Tanah PYBK dirampas atas pelbagai alasan, bagaimana pula Projek jutaan ringgit dibina di tengah pekan Alor Setar.

Tanah PYBK dituntut oleh DAP untu pusat kebudayaan mereka. Dan ini dibuktikan dengan surat yang dikeluarkan oleh YB DAP.

Amansuri Residence dibina dengan harga RM400,000 ke RM500,000 untuk kondominium biasa. Dan harga  RM1.2 juta sehingga RM1.3 juta untuk penthouse di bangunan yang sama.

Kedah Times cuma tertanya-tanya, berapa kerat orang Melayu Alor Setar yang mampu membeli rumah yang tidak bertanah ini yang harganya sudah berada para taraf Kuala Lumpur. Apakah ini sebagai 'preceedence' kepada harga baru hartanah di Alor Setar?

Jika ini dijadikan ukuran harga baru di Alor Setar, maka Alor Setar bakal dipenuhi bukan Melayu yang mempunyai rangkaian duit yang hebat.

Berapa kerat Melayu PAS yang mampu atau mahu membeli condo-condo ini? Kedah Times pasti yang semua penthouse telah habis dijual dan kemungkinan besar semua dibeli bukan Melayu.


ALOR SETAR 25 Jan. – Kumpulan Belleview (Belleview) menyasarkan projek kediaman kondominium Amansuri Residences yang pertama di bandar raya ini bernilai RM120 juta, akan laris berikutan sambutan positif orang ramai terhadapnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Sonny Ho berkata, kondominum dua blok setinggi 23 dan 24 tingkat di Lebuhraya Darul Aman yang mempunyai 277 buah itu dijangka siap pada penghujung 2014.

Katanya, harga yang ditawarkan bagi buah kondominium seluas antara 1,200 kaki persegi hingga 1,600 kaki persegi itu ialah antara RM400,000 hingga RM500,000 dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, kolam renang, dewan serba guna, gimnasium dan sekuriti.

“Kedua-dua kondominium itu turut menawarkan enam buah penthouse bernilai RM1.2 hingga RM1.3 juta yang sudah mendapat tempahan’' katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Selain kondominium tersebut, pemaju itu turut membangunkan pusat beli belah Aman Centre dan hotel lima bintang berhampiran Menara Alor Setar.

Ho berkata, pihaknya percaya kondomium berkenaan akan habis dijual berikutan terdapat arah aliran permintaan terhadap kondominium mewah di pusat bandar pada masa ini.

Katanya, pembinaan kondominium itu akan mengubah persekitaran bandar raya ini menerusi cara hidup moden dan harmoni.

“Ini adalah permulaan kepada perubahan gaya hidup penduduk yang mementingkan persekitaran, keselamatan dan keselesaan. Pengguna yang sebelum ini lebih berminat kepada perumahan teres mula bertukar kepada kediaman bertingkat,” katanya.

Menurut beliau, sejak dilancarkan, kediaman itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung setempat dan luar termasuk dari ibu negara dengan sasaran jualan sempena pameran selama enam hari sehingga Ahad ini ialah 50 buah kediaman.

“Kami menerima maklum balas positif daripada bakal pembeli yang menyambut baik pembinaan kediaman ini di bandar raya ini,” katanya.


Isu Tanah YBK:  Percubaan Memperkasakan Cina Dan Mengenepikan Melayu
Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.
PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor. 
PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan. 
Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar. 
Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat. 
Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:
Antara kandunganya: 
Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.  Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid. 
Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina?  Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?
Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.  Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.   
Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal?   Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan. 
PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga.  Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan. 
Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.   Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan.  Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional. 
Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan pasaran.  
Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah.  Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.  Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.  Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa. 
Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam.  Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini. 



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Tun M, Dato Mokhzani, Dato Mukhriz dan DS Najib kerana terima saya kembali menjadi ahli umno setelah bertahun2 ahli umno membuang saya kerana perangai hodoh saya...hahaha ayat bodek tak agak... Selagi Mat Terap Pencen dok jadi kaki jilat dan kaki ampu dalam umno, jangan mimpi umno/bn beroleh kemenangan dalam PRU13 nanti...- Pak Su Ya, UMNO PADANG TERAP -

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates