Selasa, 9 Oktober 2012

Anwar Abai Rukun Negara, Patuh Ikrar Royalti


Dalam majlis Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya yang di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa malam lepas, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dilihat turut mengangkat tangan ketika ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dibacakan.

Majlis tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI), sebuah NGO proksi PAS yang baru 4 bulan ditubuhkan khusus untuk menyokong usaha propaganda PAS dalam memanipulasi sentimen kenegerian dikalangan rakyat Kelantan.

Bagaimanapun sasaran penganjur yang mahu melihat lokasi ceramah dipenuhi lebih 20,000 hadirin nyata tak kesampaian apabila majlis tersebut hanya menarik perhatian sekitar 2,000 orang sahaja.

Anwar dan pimpinan utama PR yang hadir selaku tetamu khas di majlis itu, selain menyampaikan ucapan, mereka juga turut sama melafazkan ikrar sokongan dengan suara lantang tanda penghormatan selain menunjukkan iltizam mereka untuk merealisasikannya.

Suasana itu tampak jauh berbeza ketika Anwar menghadiri sambutan malam kemerdekaan ke-55 selaku tetamu khas majlis anjuran kerajaan negeri Selangor tempohari. Ada kontradiks dan keraguan timbul bila dibandingkan dengan majlis anjuran Royalti.

Malam itu, tika ikrar Rukun Negara dilafazkan dan para pemimpin PR serta hadirin yang lain mengangkat tangan sambil mengikuti bacaan ikrar, Anwar pula bukan sahaja diam membisu malah untuk mengangkat tangan tanda menghormati Rukun Negara pun tak terdaya dilakukannya.
Sambutan kemerdekaan

Khalayak umum melihat ketidak patuhan Anwar pada malam itu seperti sengaja mahu mengabaikan penghormatannya kepada Rukun Negara yang telah menjadi kunci kesejahteraan rakyat sejak ia diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970.

Seakan bacaan Rukun Negara begitu asing bagi Anwar, sedangkan umum mengetahui sebagai rakyat Malaysia wajib bagi kita menghormati Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip asas tersebut dan adalah satu kewajipan untuk kita mengangkat tangan semasa ianya dibacakan.

Hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja yang terkecuali dari mengangkat tangan semasa ikrar Rukun Negara dilafazkan kerana satu daripada prinsip Rukun Negara itu turut merujuk pada kedudukan baginda sendiri. Dan Anwar bukannya seorang Raja atau Sultan, hatta darah keturunan raja pun tiada.

Anwar kelihatan senang hati patuh menghormati ikrar royalti dengan bangga tangan diangkat setinggi-tingginya, malah sewaktu acara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock dulu pun Anwar tertunduk-tunduk hormat tanpa terdetik olehnya perasaan was-was dari segi akidah keIslaman, apakah pula yang menghalang Anwar dari menghormati Rukun Negara?

Atau sememangnya Anwar terasa janggal dan kekok untuk menghormatinya kerana 5 prinsip Rukun Negara itu, yakni "Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan", agak tidak cocok dengan aliran dan pembawaan politik luar tabienya?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates