Khamis, 11 Oktober 2012

Anwar akan cari Ulama Baru untuk Fatwa

Kalau dulu Anwar asyik menipu Ulama ini dengan cerita-cerita yang akhirnya Ulama ini mengeluarkan fatwa berkaitan isu yang dilemparkan. Maka bersorak-sorak gumbira puak-puak PKR menjaja fatwa atau pendapat ulama tersebut.

Sedangkan fatwa atau pendapat tersebut membawa maksud agak umum dalam kes berkaitan.

Tetapi kini apa sudah jadi. Habis madu sepah dibuang. Ulama yang menjadi rujukan mereka mungkin sudah mengetahui perihal sebenar.

Mungkin selepas ini Anwar akan cari ulama baru. Mungkin dari Turki atau Indonesia. Ulama Pluralisma!

Dr. Yusuf Al-Qaradawi hargai sumbangan Malaysia (Utusan)

KUALA LUMPUR : Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.

''Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.

''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates