Khamis, 4 Oktober 2012

Anwar : PAS perlu Sedar


Kedah Times merasakan sudah sampai masanya PAS bermurafaqah dari PR. 

Jika DAP sudah terang lagi nyata mengatakan Islam tidak ada dalam agenda PR, maka seperti kata Ustaz Nasha, PAS perlu serius dalam hal ini dan perlu lihat balik kedudukan PAS dalam PR.

Kini sudah terang lagi nyata yang PKR pun tidak mahu kepada Islam, malah sudah berani mengkritik umat Islam dan tindakan umat Islam mempertahankan Islam.  

Sudah pasti PAS selalu akan ditindih atau diketepikan dalam setiap keputusan yang bakal diambil PR kerana PKR dan DAP lebih bersama dalam menentang Islam. Sebaliknya PAS hanya bersendirian mempertahankan Islam dalam PR.

Anwar patut bertaubat - Ulama (Utusan Malaysia)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.


"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk  Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut. 

"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut  (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates