Rabu, 17 Oktober 2012

Anwarinas jadikan PAS ‘pak turut’(Berita Harian)

Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu kini menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR, kata ahli seumur hidup PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam.

“Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu.” Katanya.

Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.

“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi.

“Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dala pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini semalam.

Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti.

Katanya, kesetiaan ahli  PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.

“saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai  isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan.

“malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates