Jumaat, 19 Oktober 2012

BOIKOT atau SABOTAJ?


Sudah jadi harubiru di Kolej Universiti Insaniah nampaknya. Dahlah masalah kewangan, sewa bangunan tidak dibayar dan ijazah yang tidak diiktiraf oleh MQA belum selesai, kini bila dibentangkan statistik pilihanray kampus yang lalu, ianya amat mengejutkan.

Dari 5740 pelajar yang berdaftar di KUIN, hanya 1137 pelajar saja yang mengundi. INi bermakna hanya 19% 'turn-up' berlaku. Apa dah jadi dengan baki 81% pelajar lagi?
Apakah berlaku boikot terhadap pemilihan kampus? Atau sabotaj demi menjaga perwakilan yang pro pihak pengurusan KUIN dan PAS?

Nampaknya demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan PAS sudah mati di kampus milik kerajaan pemerintahan PAS, walhal merekalah yang melaungkan kebebsan dan sebagainya.


HEP pasti antara yang paling berbangga apabila mereka telah berjaya mengawal mahasiswa KUIN agar menjadi lembab dan tak ada proaktif dalam menentukan halatuju kepimpinan pelajar sekarang. Ini terbukti pada keputusan pilihanraya PRK KUIN yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling teruk.

Menjadi rekod dan catatan sejarah semenjak KUIN ditubuhkan peratus mahasiswa KUIN yang keluar mengundi semasa PRK baru-baru ini hanya 19 % sahaja. 

Inilah hadiah dan sumbangan Dekan dan timbalan-timbalan Dekan yang baru menerajui  Jabatan Pelajar KUIN. Walaupun mereka dikatakan ada pengalaman yang banyak di Al Azhar dan UIAM namun ia hanyalah kisah sejarah sahaja.

Bagi HEP mungkin sebagai suatu yang mencapai matlamat namun bagi mahasiswa ia adalah suatu musibah yang sedang melanda mahasiswa KUIN. Dengan cengkaman seperti mahasiswa kebudak budakkan pasti akan memberikan kelebihan kepada HEP untuk menyekat suara mahasiswa.

HEP mungkin takut dengan speaker corner dan demonstrasi di kalangan pelajar kerana HEP sedar bahawa banyak kebajikan mahasiswa digadaikan hanya kerana keperntingan periuk nasi dan jawatan . Mereka akan berusaha menaikkan secara terancang pelajar yang dapat memberikan kerjasama penuh kepada HEP.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates