Selasa, 30 Oktober 2012

Bung Mukhtar dengan Publisiti Murahan


Kedahtimes masih tidak faham kenapa masih orang bijak pandai seperti Bung Mukhtar yang irihati atau tidak melihat secara rational apabila seorang Melayu beragama Islam menjadi jutawan. Orang seperti ini lebih suka melihat kepada keburukan daripada melihat kepada kebaikan hasil dari kekayaan Melayu Islam ini.

Dalam kes ini TS Syed Mokhtar dijadikan isu untuk menaikkan nema beliau di parlimen. Kenapa beliau tidak mempertikaikan jutawan-jutawan bukan Melayu yang mengisi TOP 5 terkaya di Malaysia. Apakah mereka hanya terlibat dalam satu jenis perniagaan sahaja? Apakah Kuok jadi jutawan besar hasil jual gula sahaja? Apakah Ananda kaya dengan Maxis sahaja?

Dan yang penting kita kena lihat apakah sumbangan mereka kepada Islam pada keseluruhannya.

TS Mokhtar melalui Albukhary Foundation banyak menyumbang kepada pembangunan Islam dan umat Melayu hasil dari kekayaannya. Terbaik yang kita lihat ialah sumbangan zakat kepada Pusat Zakat serta pembinaan Masjid yang tidak terkira jumlahnya. 

Jika Bung Mukhtar datang ke Alor Setar, nikmatilah komplek Albukhary yang menempatkan Masjid Albukhary Alor Malai yang tersergam indah bersebelahan dengan Albukhari International University yang menempatkan ratusan pelajar miskin dari seluruh dunia yang belajar secara percuma. Disamping itu terdapat juga penempatan anak-anak yatim dan pusat kesihatan yang memberikan perkhidmatan hampir percuma.

Ini belum kita bincang tentang penyediaan peluang-peluang kerja yang disediakan oleh syarikat beliau di serata Malaysia termasuk pekan yang terpencil di Naka dan Padang Sanai, Padang Terap melalui Tradewinds dan Gula Padang Terap. Tak lupa juga Bernas yang keseluruhan operasinya berada di serata ceruk Kedah.

Apakah ini tidak menyumbang kepada orang Melayu Islam khasnya, rakyat dan negara amnya? Apakah Bung Mukhtar terlalu daif untuk mengkaji apa yang disumbangkan beliau hasil dari kekayaan beliau? 

Ataupun Bung Mukhtar lebih suka orang Melayu Islam tidak ada dalam senarai jutawan, bahkan dalam perniagaan besar-besaran. Sedarlah Bung Mukhtar, orang Melayu Islam sudah beratus-ratus tahun berniaga secara global, malahan sudah menerjah kesemua pelusuk dunia. Ini membuktikan bahwa orang Melayu Islam LAYAK menjadi jutawan dan menerokai semua jenis perniagaan di dunia ini. 

Bangsa lain jika sepuluh orang berada dalam perigi buruk akan sedaya upaya menolak naik salah seorang dari mereka keluar dari perigi tersebut kerana mereka tahu yang yang selamat keluar tadi bakal menolong mereka keluar dari kesusahan, tapi nampaknya bangsa Melayu lain jadinya. Orang seperti Bung Mukhtar lebih suka kesemua bangsa Melayu Islam berada dalam perigi buruk semuanya. Daripada menolak keluar salah seorang dari mereka, lebih baik semuanya bergaduh dalam perigi buruk tersebut.

Jika ada 10 orang ahli parlimen macam Bung Mukhtar, tak tahulah apa akan jadi kepada bangsa Melayu Islam!

Tapi yang KedahTimes boleh sahkan terdapat ramai orang seperti Bung Mukhtar dalam PKR dan PAS.

Top 10 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012

Senarai 10 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012.

Bil. Nama Kekayaan (RM Billion) Syarikat
1. Robert Kuok Hock Nien 45.700 Kerry Group/Kuok Group
2. T Ananda Krishnan         42.998 Usaha Tegas
3. Tan Sri Teh Hong Piow 12.642 Public Bank
4. Tan Sri Lee Shin Cheng 11.356 IOI Group
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary  9.530 Albukhary Foundation
6. Tan Sri Quek Leng Chan   8.002 Hong Leong Malaysia
7. Tan Sri Lim Kok Thay  7.585 Genting Group
8. Puan Sri Lee Kim Hua  6.588 Genting Group
9. Tan Sri Tiong Hiew King   6.411 Rimbunan Hijau
10. Ong Beng Seng    4.919 Hotel Properties Ltd

Perkasa persoal kenapa hanya serang Syed Mokhtar

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang.

"Pada saya dakwaan Bung Moktar itu hanya retorik politik kerana tidak dibuat bersandarkan fakta. Bung Moktar ini sahabat saya tetapi sebagai presiden kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan demi membela masyarakat bumiputera, Perkasa menolak dakwaan beliau ke atas Syed Mokhtar.

"Apatah lagi dakwaan ini dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sepatutnya berbangga dengan kejayaan Syed Mokhtar. Lebih malang dibuat di Dewan Rakyat tanpa ada peluang untuk Syed Mokhtar membela diri dan saya anggap kenyataan Bung Moktar terlalu melampau," katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut menempelak Bung Moktar dan meminta Ahli Parlimen Kinabatangan itu untuk segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, laut mahupun udara.

Dalam pada itu, Ibrahim mempersoal mengapa Bung Moktar hanya mempertikai Syed Mokhtar sahaja tetapi langsung tidak menyentuh tentang sembilan lagi tokoh korporat paling kaya di Malaysia yang juga mendominasi pelbagai jenis perniagaan di negara ini.

"Kenapa hanya mengkritik dan mempersoal Syed Mokhtar sedangkan beliau layak kerana merit. Beliau sudah membuktikan keupayaan dan contoh paling jelas ialah kejayaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan selayaknya Syed Mokhtar dipilih untuk menerajui bidang perniagaan strategik tertentu.

"Kalau Bung Moktar mahu bercakap soal dominasi, beliau perlu juga mempersoal dan mengkritik sembilan lagi tokoh bukan Melayu yang paling kaya di negara ini, kenapa tidak persoalkan? Syed Mokhtar bukan sahaja berjaya tetapi menunjukkan komitmen sosial yang tinggi apabila membina 63 masjid di seluruh dunia," tegasnya

4 comments:

jejakazman berkata...

ini bukan pblisiti murahan tapi antara agenda jahat utk menghancurkan islam...sedari dulu lagi inilah gaya bung dlm menjaga imej politik miskinnya...nampak kaya bergaya tapi miskin sebagai anak bangsa.....

Tanpa Nama berkata...

Bung Moktar ini adalah perkakasan Anwar. Cakap berdegar tetapi habok pun tarak. Dia ni tak sepatutnya berada dalam senarai ahli parlimen BN.

Tanpa Nama berkata...

Dapat projek tak putus2 then jd dermawan tu biasalah.... cuba syed mokhtar dpt projek sekali sepuluh thn then dia dermawan, tu baru hebat. Zaman Islam pun mcm tu, sahabat2 yg dermawan adalah sahabat yg kaya raya, penah ka kita dengaq Bilal Ibn Rabah tu dermawan? Nak bela kroni buat apa, dia sorang ja. Bela la bangsa Melayu keseluruhannya...Apa daaa... -Karim,UMNO KUALA KEDAH-

Tanpa Nama berkata...

Nak mampuih sentuh lg sembilan tokoh korporat lain, depa tu kroni Mahathir. Jangan cari pasai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates