Rabu, 24 Oktober 2012

Gadai Bangsa dan Agama demi kuasa


Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor.

Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut, mereka menjanjikan undi untuk blok Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kelak.

Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan  Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan, dasar pro-Bumiputera, kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996.

Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara.

Suara-suara sumbang mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara semakin lantang kedengaran sejak PRU 2008.
PKR dan DAP terutamanya kian berani mempersoalkan dasar-dasar pro-Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak 1946 lagi.

Malah Presiden PKR, Wan Azizah Ismail tidak merasa bersalah apabila mengisytiharkan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu jika parti itu berkuasa.

Pembangkang lupa bahawa pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 55 tahun mengecapi kemerdekaan adalah hasil daripada dasar serta program untuk meningkatkan taraf sosial-ekonomi orang Melayu Bumiputera.

Ini dilakukan seiring dengan pembangunan bangsa-bangsa lain yang bermastautin di negara ini tanpa mengurangi sedikit pun hak-hak mereka yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

Hasilnya bukan sahaja orang Melayu diangkat martabat mereka tetapi orang bukan Melayu juga sama-sama menikmati hasil proses transformasi ekonomi dan pentadbiran negara dalam semua ruang lingkup kehidupan membabitkan setiap lapisan rakyat.

Kini Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya berusaha untuk menafikan segala kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak merdeka dengsn menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
Tidakkah mereka yang kini mempersoalan Dasar Ekonomi Baru dahulu pernah menggaut keuntungan dan laba yang melimpah daripada dasar tersebut?

Maka tidakkah Anwar yang melimpahi kroni-kroninya dengan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan pada satu ketika dahulu melalui jawatannya sebagai Menteri Kewangan dengan menggunakan mengeksploitasi DEB sebenarnya mendedahkan sifat munafiknya yang nyata.

Apabila berkuasa perbuatan membina empayar kekayaan peribadi tidak pula menjadi kesalahan tetapi apabila hilang kuasa dan pengaruh, segala apa yang pernah ditunggangi bagi faedah diri dan keluarga serta kroni dijadikan senjata politik untuk menghentam kerajaaan pula.

Begitulah tabiat buruk Anwar yang menganggap dirinya suci dan bersih dari segala kekotoran peribadi dan amalan rasuah ketika berada di pihak pembangkang.

Pembangkang seperti Tuntutan Johor ini tidak boleh dipandang enteng atau dipinggirkan kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi barah di dalam tubuh badan bangsa Melayu itu sendiri.

Di manakah masa depan anak-anak Melayu dan kedudukan bangsa ini di bumi sendiri jika pembangkang berjaya melaksanakan apa yang mereka lakarkan di dalam tuntutan tersebut?

Negara akan terjual, orang Melayu akan menjadi bangsa pariah, institusi Melayu hanya akan menjadi kenangan silam malah institusi raja-raja juga tidak dijamin berkekalan dan terus utus jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Anwar akan menggunakan apa sahaja kaedah yang ada dan ditawarkan kepada beliau daripada golongan anti-Melayu untuk mendapat undi dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Ramai penyokong tegar Anwar berpendapat beliau seorang nasionalis Melayu yang tidak mudah dipengaruhi untuk melunturkan agenda Melayu tetapi realitinya cakap Ketua Pembangkang tidak serupa bikin.

Sejak menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 2008, apakah bukti beliua telah menaikkan taraf kemajuan penduduk Melayu di kawasan beliau.

Persoalan yasng lebih kepada Anwar, apakah pernah PKR menganjur kongres atau persidangan untuk khusus membincangkan nasib dan masa depan bangsa Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Hakikat bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di dalam Pakatan Rakyat walaupun PAS berseketu di dalamnya, menunjukkan orang Melayu akan menjadi mangsa pertama sekiranya pembangkang berkuasa.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan akan lenyap, begitu juga Islam sebagai agama persekutuan akan dipinggirkan, malah semua institusi yang banyak berjasa kepada orang Melayu sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Inilah yang dimaksudkan dengan prinsip kesamarataan dan keadilan yang diperjuangkan oleh pembangkang iaitu mengorbankan bangsa Melayu dalam mencapai negara liberal idaman Anwar.

Tuntutan Johor hanya satu titik permulaan dalam perjalanan tersusun pembangkang untuk menjahanamkan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara satelit Barat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

anisa-138: Khabarkan kepada orang munafik itu bahawa mereka akan mendapat azab yang tidak terperi sakitnya.

4-139: (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah mereka (orang munafik) itu mahu mencari kemuliaan pada sisi mereka (orang kafir) itu, sedangkan kemuliaan itu hanyalah milik Allah semuanya?
4-140: Dan sesungguhnya Dia (Allah) telah menurunkan di dalam kitab (al-Qur’an) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dilingkari dan dipersendakan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka sehingga mereka menukarkan perbualan (kepada hal yang lain), kerana (jika kamu beserta mereka), di waktu itu kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya. 4-144: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah kamu mahu ada alasan yang nyata bagi Allah (buat menyeksa kamu)?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates