Khamis, 11 Oktober 2012

HARAM BERSAMA DAP

Kedah Times dah berulangkali mengatakan yang PAS sudah tersasar. Realiti Politik PAS telah menyatakan perkara ini sejak 1997 lagi.

Tapi mungkin mereka-mereka ini tiada pengaruh atau orang kecil saja, tiada siapa peduli.

Beberapa alim ulama terkenal sudah menyatakan yang HARAM bersama DAP.
 
Ustaz Nasha sudah pun mengatakan perkara yang sama tetapi dengan cara yang lebih lembut.

Terkini, ahli seumur hidup PAS juga mengatakan yang sama.

Maka eloklah penyokong-penyokong PAS meneliti dan berfikir kembali kedudukan mereka dalam PAS.

PAS sudah jadi seolah-olah macam DAP.

Kerjasama Pas, DAP bercanggah kehendak Islam
 
GEORGETOWN 8 Okt. - Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (gambar).
 
Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
 
Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
 
"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong pertubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates