Selasa, 9 Oktober 2012

KUIN anugerah ijazah tidak laku

Kedah Times amat kesian bila mengenangkan nasib 7 graduan Ijazan Sarjana Muda AlQuran yang sehingga hari mereka di atas pentas konvo masih tidak tahu yang sijil yang bakal mereka terima tidak diiktiraf oleh pihak MQA.

Tetapi mengikut Exco Pendidikan, Taulan Rasul, graduan tersebut boleh menggunakan transkrip untuk memohon kerja. 

Begitulah bodohnya seorang exco Pendidikan. Jika Ijazah tidak diiktiraf, maka transkrip kursus tidak ada guna. 

Nampaknya isu ini akan berpannjangan kerana pihak MQA tidak boleh mengiktiraf program tersebut dalam masa terdekat.  Maknanya graduan tersebut kenalah cari kerja sementara yang tidak memerlukan ijazah tersebut kerana ijazah tersebut tidak laku.

Inilah parti cakap tidak serupa bikin, Yang ada dihati mereka ialah sifat benci dan dengki.


Ijazah KUIN belum diiktiraf

Alor Setar: Sekumpulan graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan PAS Kedah, terkejut mendapat tahu kolej itu hanya membuat permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi kursus mereka kira-kira dua minggu sebelum konvokesyen berlangsung. 

Justeru, mereka yakin sukar untuk mendapatkan ijazah masing-masing dalam masa terdekat kerana proses berkenaan biasanya mengambil masa sehingga tujuh bulan. Keadaan itu menyebabkan graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam. 
Perkara itu disahkan sendiri seorang daripada tujuh graduan berkenaan, berdasarkan semakan di pejabat MQA selepas musykil dengan status masing-masing yang belum menerima ijazah walaupun menghadiri majlis konvokesyen KUIN, di sini, pada 17 September lalu. 

Status akreditasi 

Pelajar terbabit yang enggan namanya dikenali berkata, beliau mengunjungi pejabat MQA Jumaat lalu untuk mendapat kepastian mengenai status proses akreditasi bagi program Ijazah Sarjana Muda al-Quran di KUIN. 

Katanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan permohonan untuk tujuan itu hanya dikemukakan KUIN dua minggu sebelum konvokesyen. 
Permohonan ambil masa tujuh bulan 

Lebih mengejutkan, katanya, pegawai di pejabat MQA turut memaklumkan permohonan terbabit mengambil masa lama iaitu tujuh bulan selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas dokumen yang dikemukakan KUIN. 

“Kami berdepan risiko kerana dalam proses ini pihak MQA akan menjalankan auditnya sendiri dan turun membuat penilaian di KUIN sebelum meluluskan permohonan KUIN untuk mendapatkan akreditasi bagi bidang yang kami ambil. 

“Proses ini hanya akan dijalankan selepas tujuh bulan dan ia bermakna kami mungkin perlu menunggu hingga setahun atau lebih, sebelum mengetahui nasib kami. Selepas lama menunggu baru kami boleh tahu sama ada sijil kami mendapat akreditasi atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, tujuh graduan terkejut apabila tidak diberikan ijazah oleh pihak KUIN sedangkan masing-masing menghadiri konvokesyen kolej universiti itu pada 17 September lalu.

1 comments:

usin berkata...

maaf, saya gagal. maka saya perlu 'resign'.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates