Jumaat, 19 Oktober 2012

KUIN bakal ditutup?


Jika baru-baru ini, KUIN membuat keputusan menyerah balik bangunan yang disewa dari Yiked di Stargate dek kerana ketidakmampuan Insaniah Holding membayar sewa, kini kampus maya KUIN di Sg Petani nampaknya menghadapi masalah juga.

Bil eletrik yang tertunggak telah menyebabkan mereka bergelap dek kerana ketiadaan bekalan eletrik. Ini menunjukkan yang KUIN dan Insaniah Holding benar-benar menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal.

Pihak kerajaan negeri pun sudah tidak tahu nak cari duit dimana untuk bantu. Duit SADA pun dah disapu, duit balak mana mungkin kerana itu habuan untuk kroni parti. Duit JKR sudah dihidu pusat, jadi kenalah juga belanja ikut apa yang kerja-kerja yang dicadang dan diluluskan pusat.

Isu KUIN dengan Kedah Sato juga tidak kurang hebatnya. Kedah Sato yang menjadi kontraktor kampus KUIN sedang berhempas-pulas untuk 'hand-over' kampus kepada KUIN, tetapi nampaknya pelbagai alasan diberikan oleh KUIN untuk tidak menerimanya.

Mungkin duit tidak ada untuk membeli kelengkapan kampus. Maka angan-angan untuk menyediakan kampus yang canggih hanya tinggal mimpi kerana kocek sudah kosong.

Kemasukkan pelajar mungkin terjejas kerana isu MQA yang mungkin melibatkan beberapa ijazah lain yang masih belum menerima pengiktirafan MQA.

Jadi, masalah kewangannya bakal berterusan kerana sumber sudah hampir tiada untuk menampung keseluruhan kos kampus lama dan baru.

KRISIS KEWANGAN KRITIKAL KUIN : KAMPUS SUNGAI PETANI INSAN MAYA DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK

Kampus KUIN Sungai Petani

18 Okt -  KUIN sekarang berangan-angan Mat Jenin nak pindah ke Kuala Ketil. Sebenarnya semua KUIN tidak boleh berpindah ke Kuala Ketil walaupun bangunan dah siap kerana KUIN kini menanti masa untuk lingkup ditangan Jamil kerana menghadapi krisis kewangan yang teramatlah sangat KRITIKAL.

Selepas Kampus Stargate dipotong bekalan air oleh SADA kerana Insaniah Holding tak bayar bil air dan isu KUIN tak bayar sewa bangunan Stargate 9 bulan kini penyakit barah semakin membuka pekung di kampus Insan Maya Sungai Petani pula.

Gara-gara gagal membayar bil tunggakan elektrik yang mencecah (menurut sumber melebihi RM 50,000.00) Bekalan elektrik telah dipotong dan Kampus Sungai petani menjadi panas dan gelap kerana tiada lagi bekalan selama  2 hari bermula kemarin (Selasa dan Rabu).

Shakri, penjenayah yang diputuskan mahkmah telah bersalah menipu (sila rujuk suruhanjaya securiti) yang bertugas sebagai Pegawai Kewangan di Holding dikhabarkan telah memberi cek tetapi rupa-rupanya cek tendang.

Menurut sumber akhirnya Shakri terpaksa melutut kepada KUIN untuk membayar bil tertunggak yang sangat tinggi (menurut sumber melebihi RM 50,000.00)

Macam ni punya cerita nak pindah Kuala Ketil. Orang kola ketil kata .. pooooraaahhhhhh.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates