Jumaat, 19 Oktober 2012

KUIN digadai?


Agak terkejut Kedah Times bila membaca posting yang disiarkan oleh beritakuin

Menariknya bangunan yang dimiliki KUIN di Mergong (jika benar digadaikan) ini bakal menjadi beban kepada pihak KUIN sendiri satu hari kelak.  Duit yang banyak perlu dicari untuk menebus kembali bangunan tersebut.

Ianya bakal menjadi beban kepada Kerajaan Negeri dan pengurusan KUIN sendiri. Ini adalah bunga-bunga kepada keruntuhan sebuah institusi yang pada asalnya ingin memperkembangkan ajaran Islam di Negeri Kedah.

Dek kerana kerakusan dan kegagalan mentadbir, KUIN menghadapi perlbagai masalah, dari masalah kewangan anak-anak syarikatnya hinggalah kepada masalah pengiktirafan ijazah yang dihasilkan.

Inilah akibat daripada pemerintahan oleh mereka yang tidak tahu memerintah dan pengurusan oleh mereka yang bukan pakarnya.

PAS memang gagal. Hatta gagal menegakkan syiar Islam.

JAMIL GADAIKAN KUIN DENGAN MENGGADAI HANYA BAGI DAPATKAN 5 JUTA

Admin menerima email dari pemberi maklumat yang diminta merahsiakan namanya.

Isunya apa yang telah ditimbulkan oleh admin pada minggu yang lalu mengenai Jamil dan kroninya telah sanggup bertaruh nyawa menggadaikan bangunan 4 blok di Kampus Mergong bagi mendapatkan sejumlah yang banyak (menurut sumber sebanyak bernilai RM 5 juta) bagi membayar hutang-hutang yang sangat kritikal yang tunggu masa untuk dikenakan saman mahkamah.

Sumber dalaman Ibu Pejabat Bank Islam di sebuah kawasan dalam Malaysia telah mengesahkan bahawa pada 12 Oktober 2012, Jamil dan kroninya yang Besar telah berjaya menggadai  4 bangunan KUIN hampir RM5 juta bagi  melangsaikan semua hutang-hutang yang  belum dibayar.   Romily Holding juga bergelut sakan nak selesai hutang-hutang yang Shaya tinggalkan terutamanya dengan MBI yang digunakan untuk Kulliyah Medic.

Kenapa sangat Besar mampu melakukan penggadaian tersebut? Kerana Bigbos Bank Islam tu ada hubungan kekeluargaan dengan dia (menurut pemberi maklumat ialah besan ), mudah la dia nak urus untuk pelingkop KUIN, inilah islamisasi dan perbankan islam yang Jamil dok laksanakan di KUIN.  Jamil sedang berusaha membayar semua hutang tapi dia akan tinggai hutang bangunan

Amat malanglah siapa yang akan pegang KUIN selepas Jamil berambus dari KUIN kerana terpaksa memikirkan cara nak bayar hutang yang ditinggalkan Jamil.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates