Jumaat, 12 Oktober 2012

KUIN ooooo KUIN lagi


Kedah Times merasakan yang keadaan di KUIN semakin meruncing.

KUIN dikatakan menghadapi masalah kewangan yang sehingga kini masih belum diselesaikan sepenuhnya. Kenaikan gaji pekerja tetapnya masih belum dilaksanakan.

Isu ijazah sarjana muda tahfiz yang tidak mendapat pengiktirafan MQA masih lagi hangat dan belum selesai. Malah diburukkan lagi dengan komen-komen bodoh exco pendidikan Kedah.

Isu perpindahan ke kampus tetap di Kuala Ketil masih belum selesai. Pihak kontraktor kampus sudah bersedia untuk menyerahkan campus tersebut, tapi KUIN masih belum bersedia menerimanya. Mungkin pada KUIN, kampus yang bakal diserahkan tidak lengkap. Dikatakan mereka hanya menerima bangunan saja dari kontraktor.

Isu kegagalan membayar sewa kepada Yayasan Islam untuk kampus dan asrama di Stargate juga sudah meruncing. Difahamkan kampus disana akan ditutup dan bangunan akan diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Terkini, masalah kakitangan sokongan dan masih tidak diserap kepada kakitangan tetap walaupun mereka sudah lama bersama KUIN. Dan kaiktangan sokongan ini tiada potongan KWSP. Mereka hanya dibayar elaun harian. Apakah mereka ini ibarat kerja kontrak bangunan yang dibayar gaji hari, tetapi kena kerja sehingga 3-4 tahun?

Nampaknya semakin hari semakin banyak isu timbul. Apakah ini petunjuk bahawa PAS memang hanya kaki bercakap. Melaksana, mereka tidak tahu ...



Anda sedar atau tidak sebahagian kakitangan yang telah berkhidmat di KUIN melebihi 3 - 4 tahun tidak dibuat caruman pekerja pemotongan KWSP . Mereka adalah kakitangan guru tunjuk di Kuliah Al Quran.

Pengabaian kebajikan mereka memang amat ketara walaupun mereka telah berkhidmat di KUIN sebahagiannya melebihi 4 tahun  :

- Tidak ada slip gaji, menyebabkan mereka tidak boleh untuk membuat sebarang pinjaman seperti kenderaan dan lain-lain.

- Mereka hanya diberikan elaun harian. Bermaksud mereka tidak mendapat bonus atau sebarang ganjaran seperti kakitangan yang lain walaupun kerja mereka sama dengan pekerja lain.

- Mereka tidak dipotong caruman KWSP, dan ini adalah salah dari sudut undang-undang apabila pekerja tidak dipotong KWSP. Skuad BERSIH KUIN memberi masa kepada pihak Jamil satu minggu sahaja untuk selesaikan caruman KWSP mereka. Jika Jamil degil , tindakan undang-undang akan diambil.

- Pembayaran elaun bulanan dibuat lambat sehingga mencecah bulan  seterusnya dan pernah terjadi pembayar dibuat pada hujung bulan seterusnya, sedangkan amount setiap guru tunjuk tidaklah tinggi mana pun jika dibandingkan dengan gaji Jamil dan kroninya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates