Jumaat, 19 Oktober 2012

Lagi Masalah KUIN!



Isu MQA hangat!

Tujuh pelajar yang menerima ijazah yang tiada pengiktirafan MQA, masih gagal mendapat kerja SPA kerana sijil tidak diiktiraf. Tetapi mengikut Exco Pendidikan, transkrip saja sudah laku. 

Begitu bodoh Exco Pendidikan. Bila interview, dia akan tengok sijil dulu, lepas tu baru transkrip jika masih kurang berpuashati. Tapi jika sijilpun belum diiktiraf MQA, macamana penemuduga nak minta transkrip? Bodoh punya Exco.

Kini timbul pula isu baru. Benarkah ada pensyarah di KUIN yang tiada permit atau lesen untuk mengajar? Kalau mengikut cerita dibawah, maka KUIN bakal mengeluarkan sijil yang tidak laku. 

Apa bakal terjadi kepada 5740 Pelajar yang masih menuntut di KUIN? Bakal menerima sijil yang tidak diiktiraf MQA jika kementerian pengajian tinggi dapat menghidu apa berlaku di KUIN!

Terlalu banyak sangat kisah KUIN ini. Semuanya yang bakal meruntuhkan KUIN sebagai sebuah institusi Islam yang terulung di Kedah.

Inilah gara-gara apabila pisau tajam tidak diberi kepada pengukir yang arif tentang ukiran, sebaliknya diberi kepada penyamun yang hanya tahu menikam orang.

Dan KUIN bakal dimusnahkan!

Pemandu di KUIN tiada Lesen Memandu yang SAH

Wak sempat menemubual seorang pelajar dari Kampus SP baru-baru ini. Wak jumpa semasa tengah makan. Borak punya borak dia ada mengeluh tentang pensyarah dia tak ada permit mengajar. Wak tanya la dia penting ke permit mengajar itu. Dia menjawab permit mengajar ini adalah seperti lesen kereta. Jika cekap macam mana pun kita memandu tetapi kita tak ada lesen maka kita akan disaman. Ooo. Baru Wak faham maksud disebalik kegusaran pelajar ini. Jika pensyarah itu ditangkap dan disabit bersalah maka kursus mereka itu akan digantung dan mereka juga tak dapat meneruskan pengajian.

Bahaya jika perbuatan ini diketahui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Para pelajar ini yang akan menjadi mangsa keadaan. Jika hanya seorang yang tidak ada permit mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi beliau ada menyebut boleh dikatakan ramai juga yang tak ada permit mengajar ini. Wak tanya dia kenapa tak report KPT. Dia kata tak tahu macam mana nak report. Wak kata kalau Wak  yang tolong report dan dia setuju. Maka Wak pun dah dapat kebenaran untuk menulis. Wak akan cari lagi berapa ramai pensyarah KUIN yang tak ada permit mengajar ini dan fakilti mana lagi yang bermasalah sama. Insyaallah Wak akan tolong anda wahai pelajar KUIN.

WAK: Jika kita memandu tak ada lesen menjadi 1 kesalahan besar. Jika pensyarah mengajar tanpa permit pun begitu juga.KPT jangan pandang sebelah mata isu ini. Masalah serius ni.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates