Selasa, 16 Oktober 2012

Laporan Audit Buktikan Banyak Penyelewengan di Kedah


Kerajaan ‘Islam’ PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.  Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.  Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit. 

  
Walaubagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.  



Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang. 

Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.


Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.


Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta. 

Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.  Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.  



Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain.  

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.  


Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.  Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.  


Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi.  


Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda ‘Islam’ di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat.  Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.  


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates