Rabu, 17 Oktober 2012

Makamah Perancis tolak bulat- bulat (Utusan)


Kuala Lumpur : Hasil siasatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati pemohonan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjadi plantif dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam, Scopene buatan Perancis pada 2002 ditolak bulat- bulat oleh makamah di Negara itu, 13 Mac lalu.

Selepas tiga hari ditolak, Peguamnya, Wiliam Bourdon sekali lagi memohon  kepada makamah Peracis untuk menjadikan badan itu sebagai plantif bersekutu dengan alasan Suaram berkerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak  Asasi manusia (FIDH) tetapi status permohonan tersebut mash diketahui.

Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain taib berkata, Suaram mendakwa kononya aduan berhubung isu Scopene diterima dan makamah Perancis membenarkan Suaram sebagai pengadu yang sah adalah satu pembohongan besar kerana pemohonannya telah ditolak.

Beliau turut mencabar Suaram dan pemimpin pembangkang untuk menafikan fakta tersebut sekiranya pendedahan itu tidak benar.

“Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukan Suaram dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibarahim  serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut”

“tindakan makamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman Negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif sdn bhd. Yang bermotifkan keutungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia,” katanya dalam siding akbar disini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Pekasa Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid; Pegawai Kerja Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd. Mustafa Hamzah.

Baru baru ini, pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menegaskan bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlansung di Negara itu tidak berlaku seperti didakwa Suaram.

Beliau berkata, media di Malaysia harus mendapat memebezakan antara khabar angina, fakta, siasatan dan perbicaraan.

Dzulkarnain turut menyelar tindakan Suaram yang telah mengadakan acara makan malam untuk mengutip dana daripada orang awam pada mei atau jun lalu kononya bagi membiayai perbicaraan kes tersebut walupun tahu semua itu tidak berlaku.

“Suaram telah menjual cerita bohong Scopene ini untuk mengutip wang daripada rakyat yang terpengaruh dengan penipuann mereka selama hamper 4 tahun.

“Hal ini demikian adalah fakta yang sengaja disembunyikan Suaram, Peguam mereka dan pemimpin Pembangkang untuk menipu rakyat Negara ini dan membohongi dunia dengan tujuan jahat menjatuhkan Kredibiliti kerajaan Malaysia,” Ujarnya..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates