Jumaat, 12 Oktober 2012

Malaysia Negara Kristian?


Soalan Kedah Times kepada PAS, apakah ini yang PAS agungkan? Apakah impina PAS akan jadi kenyataan jika masih mahu bersekongkol dengan DAP?

Bagaimana hendak membentuk negara Islam ala PAS jika sahabat baik PAS memperjuangkan sebuah negara Kristian.
 
Apakah Islam boleh bercampur dengan puak-puak anti Islam yang membawa agenda kristian ini? Apakah PAS rela negara ini dikristiankan?

Jika ini yang sering dipertahankan PAS dan Nik Aziz, maka mereka telah sebenarnya sesat dari jalan yang sebenarnya.

Zul Nordin mahu DAP nafi campur tangan paderi asing

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin menggesa DAP menafikan penglibatan dan campur tangan paderi asing, yang turut menyalurkan dana bagi aktiviti politik mereka.
Menurutnya, paderi asing yang berasal dari Afrika Selatan dan United Kingdom memberi dana kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menewaskan Umno.

Katanya, "saya mempunyai bukti, dan saya dedahkan campur tangan asing yang wujud dalam negara kita tentang penglibatan paderi dan pastor asing.

"Dalam laporan yang saya peroleh itu, menyatakan paderi asing ini memberi dana kepada DAP dan PR untuk kalahkan Umno dan  di majlis kesyukuran di Hotel Red Rock di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu serta didedahkan oleh ahli DAP sendiri.

"Jadi saya minta DAP nafikanlah supaya tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, di sini.

Kelmarin, satu portal media tempatan melaporkan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian."

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Sehubungan itu, semalam, DAP menggesa Nasharudin memohon maaf atas dakwaannya yang mempunyai niat jahat serta perkara yang dikatakannya tidak berasas.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran tersebut untuk menyatakan kesyukuran dan laporan akan dibuat atas tuduhan yang tak berasas itu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara ini serius dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

Tambahnya, beliau juga sanggup bekerjasam dengan pihak berkuasa sekiranya mereka memerlukan khidmatnya untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

"Kes ini serius, saya harap kerajaan ambil tindakan dan siasat segera, saya tak berani dedahkan kalau saya tak ada dokumen dan bukti seperti gambar serta rakaman pun ada.

"Dalam majlis itu, terdapat 30 orang paderi dalam (tempatan) dan pastor luar.

"Kalau mereka perlukan saya untuk membantu siasatan, saya akan memberi kerjasama dan tidak takut dengan pendedahan perkara itu," katanya lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates