Jumaat, 12 Oktober 2012

Nik Aziz puja Kafir Harbi

Kedah Times cuma nak tanya, apakah Nik Aziz sedar apa yang diperkatakannya? Apakah beliau sudah semakin kurang waras atau nyanyuk?

Dalam ramai alim ulama mengatakan yang haram bersama DAP, beliau menongkah arus. Beliau lebih sayangkan kafir DAP dari menyayangi umat Islam dari UMNO.

Kedah Times masih keliru, ajaran apakah sebenarnya yang dibawa Nik Aziz. Apakah ajaran Islam yang sebenar yang sentiasa mengaskan tentang hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. 

Dalam hal hubungan manusia sesama manusia, rujukan ialah hubungan muslim sesama muslim dan bukan muslim yang tidak memusuhi Islam.
Nampaknya Nik Aziz telah memilih untuk mengadakan hubungan hidup mati dengan musuh utama Islam. Sebaliknya menganggap umat Islam lain adalah musuhnya.

Tepuk dada tanya iman, apakah ajaran Nik Aziz ini slari dengan ajaran Islam?

KOTA BAHARU 11 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.


Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.



"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.


Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup Pas mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.



Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - BERNAMA



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates