Rabu, 24 Oktober 2012

PAS bukan Pejuang Islam

PAS adalah Parti Agama Se Malaysia. BUKAN Parti Islam Se Malaysia.

Tetapi di kampung-kampung mereka tanamkan disetiap penjuru otak pengikutnya yang PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Jika nak ke syurga, maka mereka perlu menjadi penyokong PAS.

MB tidak arahkan mana-mana perlaksanaan penguatkuasaan
 undang-undang Islam. 
KedahTimes katakan yang PAS adalah Parti Agama Se Malaysia. Sebab itu PAS sudah tidak kisah apabila murtad berlaku, pusat hiburan berleluasa dan pelbagai aktiviti songsang berlaku tapi PAS tidak ambil peduli.

Maka elok sangatlah PAS menjadi Parti Agama Se Malaysia dan 'tagline' PAS for All amat sesuai sekali.


Nak Hiburan ala Danok, datanglah ke Kedah

Aman Central yang sudah ada bunga-bunga pusat hiburan
Kerja-kerja berkaitan Islam ini bukan kerja dan tanggungjawab kami


Apabila undang-undang atau penguatkuasaan yang berteraskan Islam dilaksanakan, PAS akan sentiasa berdiam diri. Bila saja DAP gertak, maka PAS mula mencari KAMBING HITAM untuk dikorbankan. Islam dibuang ketepi.

Kalau dilihat trend terkini, PAS lebih kepada menuruti kehendak DAP dan PKR. Kesamarataan Agama.

Penyakit ini menular di Kedah dimana apa saja amalan Islam yang cuma dikuatkuasakan, PAS mengelak dari bertanggungjawab, sebaliknya UMNO atau sesiapa saja bakal dituduh demi menjaga hati teman mereka DAP dan PKR.

Sekali lagi ditegaskan, PAS hanya parti, BUKAN Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates