Jumaat, 19 Oktober 2012

PAS tidak pernah peduli syariat Islam


Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram? 

PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru.  Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan.  Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.  

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan.  Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.  Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara se Islam ditentang.  

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan.  PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.  

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.  Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka. 

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.  

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010. 

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.  

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.  

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal.  Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri. 

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian?  Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?  

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.  

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan. 

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan.  

Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi.  Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran.  Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan. 
Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.  

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS.   Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik.  Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.  

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates