Isnin, 29 Oktober 2012

PAS yang perongois

Pembangkang ini KedahTimes anggap samada malas berfikir atau suka merodong tak tentu hala atau buat-buat tak tau.

Mereka akan buat sesuatu seolah-olah tanpa berfikir. Jika itu menguntungkan mereka. 

Isu di KUIN yang masih tidak selesai, kini mereka berkelahi pulak dengan KCS. 

KCS adalah jentera kerajaan negeri yang melaksanakan semua dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah negeri dengan sedaya mungkin. SUK adalah ketua mereka dan dia bertanggungjawab kepada Sultan.

Seluruh K.C.S. bertugas mengikut jabatan dan pejabat masing-masing dan bertanggungjawab kepada ketua mereka. Setiausaha Kerajaan Negeri (S.K.N.) sebelum Perang Dunia Kedua dikenali sebagai "Secretary to Government". S.K.N. memikul tanggungjawab memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar dan ia bertanggungjawab kepada DYMM Sultan.

Kedah Times takdapat nak bayangkan jika ada krisis diantara KCS dengan pentadbir negeri. Bagaimana Kedah akan bergerak ke depan jika pihak perlaksana dikecam oleh mereka yang membuat dasar. 

PAS seolah-olah tidak memperdulikan Hak Sultan memilih Dato SUK untuk terus memimpin KCS. 

Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya memilih mereka yang betul-betul boleh memerintah.







1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Perongois tu bukan perangai PAS, tu perangai org kedah. Dulu Sanusi Junid pun perongois, aku kena rendam dalam umno sampai berapa lama. Mahathir dulu perongois, Saad Man sampai tak angkat muka. Kedah dengan perongois ni dah sinonim sgt...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates