Jumaat, 5 Oktober 2012

RAPID vs SULIHH


1. RAPID boleh dikatakan sudah hampir menjadi kenyataan kerana ada penduduk yang sudah mendapat pampasan.

2. SULIHH yang asalnya dinamakan ZIPPY masih belum nampak tanda-tanda nak jadi. Yang didengari ialah alasan mengatakan kerajaan pusat menekan syarikat yang dianugerah untuk laksanakan SULIHH daripada melaksanakannya. Walhal kos untuk menambak laut di persisiran daerah YAN berkali ganda kosnya daripada dibangunkan di atas daratan.

3. Tapi kenapa tiada tentangan oleh pembangkang ke atas SULIHH yang jika dilaksanakan bakal merosakkan alam sekitar dan kehidupan laut sekitar Yan? Sebaliknya RAPID yang dibuat didaratan dikatakan bakal merosakkan persekitaran laut. Walhal disekitar kawasan tersebut kapal berpuluh-puluh melaluinya setiap minggu/hari.

4. SULIHH bakal menyekat kapal-kapal minyak untuk terus ke Singapura, begitu juga RAPID yang bakal menarik semua kapal minyak singgah dengan kos yang lebih murah berbanding di Singapura. Kedua-duanya bakal menyulitkan lagi ekonomi Singapura, tetapi kenapa DAP tak kisahpun dengan SULIHH sebaliknya vokal terhadap RAPID? DAP tahu SULIHH tidak akan dapat dilaksana, sebaliknya RAPID bakal menjadi kenyataan; maka kerajaan mentornya bakal tergugat.
5. SULIHH diketuai oleh syarikat yang kita tidak pernah dengarpun, tetapi RAPID diketuai oleh Petronas.

6. Apa saja perlaksanaan yang bakal merosakkan ekonomi Singapura, maka DAP akan tentang. Dan PAS pun terikut sama.


Cerita Disebalik Protes RAPID

Semalam kurang 1,000 orang penyokong pembangkang yang berselindung disebalik beberapa NGO proksi PR telah menyertai Himpunan Hijau Pengerang sebagai kemuncak bantahan terhadap pembangunan projeb Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Beberapa orang pemimpin pembangkang juga kelihatan antaranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, AJK Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat serta Hishammuddin Rais. 
Melihat pada nama-nama itu, kita faham bantahan mereka terhadap projek RAPID lebih kepada motif politik hasil cucukan tangan dari orang luar. Para peserta pula rata-ratanya terdiri dari kalangan Cina DAP yang datang dari seluruh negara, sebahagian lagi adalah Cina PKR dan penyokong PAS serta hanya segelintir kecil sahaja penduduk tempatan.

Dan macam biasalah, Unit Amal PAS kerap menjadi balaci di barisan hadapan konon untuk mengawal keselamatan tanpa memahami bahawa isu yang mereka perjuangkan itu hanyalah ikut-ikutan kepada arahan abang besar mereka DAP.

Andai kata projek RAPID dipindahkan ke Pulau Pinang yang dikuasai DAP misalnya, percayalah bantahan sebegini tidak akan wujud kerana projek RAPID ada nilai tambah dan manfaatnya besar untuk kepentingan ekonomi penduduk setempat serta memberi impak baik kepada pembangunan negeri dan negara.

Tapi disebabkan kebetulan projek RAPID ini dilaksanakan di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN, manakala PR pula berangan-angan untuk menawan Johor, maka projek ini cuba digembar-gemburkan akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.

Tambah-tambah lagi, kedudukan Pengerang itu sendiri berdekatan dengan negara 'ayah angkat' DAP iaitu Singapura, maka jangan terkejutlah bila tangan-tangan ghaib orang SIngapura pun memainkan peranan besar memanipualsi isu ini untuk kepentingan mereka.

Dalam pada itu pemimpin PAS, Salahuddin Ayub berkata, "pendirian PR jelas untuk tidak menolak pembangunan, malah beliau turut berkata PR menerima projek ini (RAPID) jika ia dilaksanakan seperti di Kerteh dan Paka di Terengganu yang tidak dibangunkan atas pengambilan tanah penduduk".

Penjelasan oleh Salahuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian jelas berbeza dengan dakwaan pemimpin PR dan NGO proksi mereka yang mendakwa pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor akan membahayakan alam sekitar, membahayakan nyawa penduduk dan menyebabkan nelayan kehilangan sumber pendapatan.

Hakikatnya soal pengambilan tanah tidak menjadi isu pun kepada penduduk di kampung-kampung tradisonal kerana pemilik tanah rakyat tempatan masing-masing mendapat pampasan wang ringgit di masa yang sama diberi hak memiliki 0.8 hektar tanah gantian.

Penduduk yang terlibat juga diberi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta mendapat subsidi pembelian rumah baru di antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit. Penempatan baru untuk mereka pula hanyalah 15 kilometer sahaja dari tapak asal.

Ada cerita lain sebenarnya disebalik bantahan pembangkang dan NGO proksi mereka terhadap projek RAPID di Pengerang. Hampir sama macam bantahan mereka terhadap Lynas yang berpunca dari hasutan Cina DAP dan Cina PKR selepas mendapat jolokan habuan dari syarikat rare earth dari Cina, di Pengerang pula tangan-tangan luar juga memainkan peranan utama.

Alasan NGO proksi PR dan pemimpin pembangkang yang lain kononnya ramai penduduk membantah projek RAPID sebenarnya bukanlah suara asli rakyat tempatan, sebaliknya hanya segelintir penduduk yang menjadi proksi pemilik tanah kepada rakyat Singapura sahaja yang memprotesnya.

Di sekitar Pengerang banyak tanah dan rumah yang nama pemiliknya adalah orang Melayu dan Orang Asli tapi sebenarnya hanyalah proksi kepada rakyat Singapura yang menjadi pemilik sebenar. Apabila projek RAPID dimulakan, kesan besarnya terhadap rakyat Singapura kerana mereka tidak mendapat pampasan tanah sebaliknya hanya memperolehi pampasan wang tunai sahaja.

Begitu juga alasan pembangkang kononnya projek RAPID akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar juga hanyalah perisa tambahan untuk mengabui mata khalayak semata-mata. Projek yang sama sudah lama wujud di Kerteh Terengganu, Gebeng Kuantan, Pahang malah Jurong di Singapura boleh saja berjalan lancar hingga kini, tiada pun kesan buruk pada kesihatan.

Jelas sekali cerita-cerita negatif berkaitan kesan buruk pada kesihatan penduduk mahupun pada alam sekitar bukannya satu masalah, sebaliknya isu utama yang menjadi tumpuan sebenarnya ialah tangan-tangan orang Singapura yang terjejas bila mana hartanah mereka di Pengerang diambil alih untuk menjayakan projek RAPID.

Dengan kedudukan Pengerang yang terlindung dari angin monsun dan kawasannya yang strategik sebagai laluan perkapalan, tentu sahaja ada sebab untuk Singapura runsing kesan buruknya terhadap kompleks sama yang mereka miliki di Jurong.

Projek RAPID bila siap kelak akan memberi kesan besar dalam memakmurkan ekonomi negeri Johor malah impak positifnya turut memberi faedah kepada negara. Dengan lebih 50,000 peluang pekerjaan yang bakal tersedia, tentu sahaja limpahan ekonominya turut membawa nikmat untuk penduduk setempat serta sekitarnya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Merapoh Resources Sdn Bhd syarikat yang kunun2nya berkuasa atas projek SULIHH @ zipy tu adalah syarikat 2hengget,,,pemiliknya md nazri ramli bege telah banyak menipu ramai orang melayu supaya melabur dalam syarikatnya. Beliau dan ahli keluarganya bersenang lenang atas hasil penipuan duit pelabur2 mereka. Mereka masih lagi mencari mangsa di luar sana. Awas! Jangan sampai terperdaya. Kepada mereka yang telah terpedaya di luar sana, jangan takut2 untuk membuat aduan kepada pihak yang berwajib.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates