Isnin, 22 Oktober 2012

Tipudaya Dajjal berwajah DAP

Inilah hasilnya apabila orang Melayu Islam mula berjinak dengan DAP dan sekutunya. Mereka menggunakan logik akal fikiran semata-mata dalam menyatakan sesuatu berkaitan dengan agama. Malah Islam diibaratkan sama saja dengan agama-agama yang lain.

Islam diturunkan Allah dari zaman nabi Adam lagi sehinggalah kepada nabi Muhammad. Wujudnya nasrani, kristian dsbnya adalah disebabkan oleh kerosakan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang menyangka mereka hebat dalam agama pada waktu itu; itupun berlaku selepas kewafatan nabi/rasul yang diutuskan kepada mereka.


Malah sehingga zaman ini masih wujud penyelewengan agama seperti ajaran ayah pin dan sebagainya.

Ini adalah akibat dari sikap terlalu menggunakan logik akal fikiran untuk segala-galanya. Kita lihat bagaimana seorang Islam Melayu bergelar professor memandang Islam dari segi logik akal fikirannya. Dan beliau disanjung oleh DAP dan kumpulan yang anti Islam di Malaysia.

Seorang Prof Dr Mohd Tajuddin Rasdi, pengajar senibina di UTM ada membuat komentar membidas Hasan Ali baru-baru ini.

Lecturer ini pernah berkata:
'With respect to the third point, I hold to the personal view that all religious faiths are brethrens or siblings, Islam being the youngest in the family. Christianity and Judaism, I view as older brothers with Hinduism being the eldest to my knowledge. The reformative ideas of Buddhism stems from Hinduism and can be considered part of the same family of religions. I can’t understand why Muslims hate to be viewed in this manner. My article on Malay-Muslims and the Perfect Religion Syndrome explains much of this view.'
Ini bertentangan sekali dengan wasiat Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya):
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah : 132)



Suami, isteri buktikan DAP bukan untuk bukan Melayu sahaja

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 September 2012

Tajuddin (tengah) dan isterinya bersama Tony Pua (kanan) dan Cheng Hau (dua, kanan).
JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.

“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.
  
Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates