Selasa, 9 Oktober 2012

Undilah SOROS


Undi pembangkang sama seperti undi Soros (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini.

Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute.

Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia. 

''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.

Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.

''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary.

1 comments:

Prince Righty I berkata...

Soros, Soros... dah tua NYANYUK pun masih nak berdendam lagi? Mahathir dah kenal kau siapa, nak kona mana lagi? Pergilah huru harakan Afrika ke, US ke, kenapa nak huru-harakan kami? Mungkin kau tergelak di kerusi empuk engkau melihat orang lain menderita sedang harta haram yang engkau makan sampai 7 keturunan dijamin tak habis... Satu hari Tuhan akan tarik semula semua harta dan nikmat dunia engkau Soros... Rumah engkau akan dilelong dan hartamu pasti disita dan keturunanmu akan susah wahai Soros... Engkau hanyalah sampah yang digunakan oleh Dajjal untuk menguasai dunia... Ingatlah wahai Soros, selagi wujud bangsa Melayu di muka bumi ini, selagi itu sumpah orang Melayu takkan hilang. Berjaga-jaga Soros, bangsamu itu bangsa PENAKUT. Bangsa Yahudi itu bangsa PENAKUT! (dan kini ada yang meletakkan namamu sebagai label seluar dalam murah...)

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates