Isnin, 19 November 2012

Islam untuk semua.

HUKUM PAS sangat jelas, berbeza sekali antara sebelum PAS memerintah negeri dahulu dengan selepas memerintah sekarang. Segala yang haram atau kafir dahulu kini sudah menjadi harus dan Islam belaka selepas PAS memerintah.

Ketika UMNO sahaja yang berkongsi kuasa memerintah negara dengan kafir, PAS hukumkan kafir atau haram; sekarang PAS berkongsi secara rasmi dengan DAP sudah Islamik dan harus jua. Dulu UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah; sekarang PAS buat sama seperti UMNO juga sudah tidak timbul masalah. Dulu masjid yang dibina kerajaan BN tidak boleh dibuat sembahyang kerana perbelanjaannya daripada wang cukai. Setelah PAS memerintah Kelantan semua masjid yang tak boleh dahulu sekarang PAS pergunakan. Imam dan bilal UMNO dipecat dan digantikan dengan orang PAS; lalu berubahlah hukumnya sekarang menjadi tidak haram dan was-was lagi. Begitu juga prosesnya sedang berlaku di Kedah sekarang; beransur-ansur buat pembersihan. Pemecahan sudah berlaku walaupun belum sampai sepenggal PAS memerintah negeri. Untuk menutup kedai judi dan pusat hiburan tangguh lagi.

PAS menafikan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO, sehingga bank Islam pun tidak mahu diperakui YB Haji Abd Hadi kata sebagai kulit dan bukannya isi. Tetapi apabila Kerajaan PAS Kelantan mula menggunakan Bank Islam maka YB Haji Abd. Hadi juga yang mengecam dulu kini memuji.  Beliau menyeru kerajaan negeri lain meniru Kelantan menyimpan di Bank Islam.

Mengenai pimpinan kerajaan pimpinan UMNO yang hadir meraikan perayaan orang kafir termasuk juga "Perayaan Tahun Baru Cina", dulu orang PAS hukumkan salah (menyerupai kafir) dengan membaca hadis ini menjadi sandaran yang bermaksud, " Barang siapa yang bersyubahat dengan sesuatu kaum maka dia juga daripada golongan mereka", lalu dikatakan menjejaskan akidah Islam. 

Setelah PAS mula memerintah Kelantan dan Kedah nampaknya sampai sekarang YB Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sentiasa menghadiri majlis begini. Penyerahan watiqah perlantikan sami untuk ganti sami yang meninggal dunia di Wat Uttamaran. Teresek, Pasir Mas pun YAB datang menyerahkannya sendiri. 

Kini bila sudah terdesak diarahkan oleh PKR dan DAP supaya menentang UMNO, PAS mulakan dengan sembahyang hajat dan doa untuk kemusnahan se sama Islam.

Demi Politik sempit mereka umat Islam bukan PAS adalah tidak beragama. Bahkan dianggap kafir oleh Nik Aziz. 

Mulut dijadikan Allah dihamburkan sebarang perkataan mengikut nafsu serakah. Nafsu untuk menawan Putrajaya yang satu masa dulu hendak dilelong oleh mereka sendiri dek kerana fahaman ianya satu pembaziran. Tapi kini pembaziran sudah menjadi idaman.

PENDEKNYA SEKARANG SEMUA YANG TIDAK BOLEH DULU MENJADI BOLEH BELAKA DEMI KERANA PAS.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates