Selasa, 20 November 2012

KAFIR sentiasa dibibir pemimpin PAS


Dalam apa saja tindakan PAS terhadap UMNO, mereka sentiasa menggunakan perkataan 'ZALIM" bagi menjustifikasikan perbuatan tersebut.

Tetapi peliknya mereka tidak pernah memperincikankan apakah tindakan UMNO yang telah menzalimi mereka. Hidup mereka senang lenang, mewah dengan Merc, BMW dan pelbagai kereta mewah kesana sini berceramah tanpa sekatan. Malah BR1M juga diberikan kepada penganut agama PAS.

Tetapi sikap PAS cukup senang, mereka tidak pernah ingin untuk berterimakasih kepada pemberi. Malah slogan 'bagi duit ambil, bagi kain dan gula ambil, tapi pangkah tetap PAS' sering dipaparkan dikain rentang yang diletakkan dimerata tempat. 

Kezaliman yang sering mereka laungkan tidak pernah diperincikan. Malah mereka sentiasa menuduh UMNO lebih Zalim dari Yahudi Israel; jika itu perbandingannya maka penganut agama PAS sudah lama disembelih atau ditanam hidup-hidup oleh UMN dek kerana sentiasa menyelewengkan ajaran Islam. Itupun jika benar UMNO lebih zalim dari Yahudi Israel.
Tetapi yang sahnya, mereka lah yang menzalimi diri sendiri. Ini disebabkan mereka senantiasa tidakpernah bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada UMNO atas segala rezeki dan sumbangan yang dilakukan.

Yang ada dihati mereka ialah irihati, ego dan dendam.

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, doa yang bertujuan menghancurkan sesama Islam adalah satu perbuatan bidaah dan haram dari segi hukum.

Harussani berkata, doa yang menuduh orang lain sebagai kafir juga satu tuduhan fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan.

Menurutnya, perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu sendiri menjadi kafir dan perlu bertaubat.

“Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir, jadi dia kafir. Kena bertaubat. Selain itu, tuduhan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas yang kukuh juga adalah satu fitnah.

“Selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita boleh menyampaikan pendapat demi mempertahankan Islam. Bagaimana kita boleh menjatuhkan hukum murtad kepada orang lain?” katanya.

Harussani berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas pembacaan doa yang diketuai adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat lalu.

Pada majlis berkenaan, Raja Dr Nazrin Shah turut berkenan melancarkan buku ‘Lu Lu’ lil Mu’minin (Permata Bagi Orang Beriman) susunan Dr Muhammad Zulkifli Al Bakri dan ‘Dirinya Bertanya Sendiri Menjawab’ tulisan Mokhtar Jamil.

Sementara itu, Harussani menyatakan kekesalan dengan Pas yang menjadikan perbezaan pendapat dalam politik sebagai satu kebencian sehingga sanggup bertindak melampaui batas dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak munasabah kepada pihak lain.

Katanya, perbuatan sedemikian dibimbangkan boleh menyebabkan penyelewengan dalam kalangan umat Islam kerana ia dilakukan oleh seorang pemimpin berpengaruh.

“Dalam hadis sendiri ada menyebut mengenai penyelewengan orang alim kerana dia (orang alim) ada pengaruh dan pengikut.   - Sinar

“Jika perbuatan itu (mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates