Selasa, 27 November 2012

Kampus KUIN Kuala Ketil

Kampus naru Kuala Ketil yang suatu masa dulu penuh dengan kontraversi yang akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Mahfuz dalam lembaga Pengarah Kedah Sato, kini menjadi perhatian semula.

Kampus dan Stargate dan Sg Petani yang disewa hampir tamat tempohnya dan krisis kewangan yang meruncing mungkin membuatkan ketidakmampuan pembayaran sewa untuk kedua-dua kampus ini.

Ini menjadikan Kampus baru Kuala Ketil menjadi amat penting.

Seterusnya, dengan pembukaan kampus Kuala Ketil secara besar-besaran, maka imej MB Kedah serta pengurusan KUIN akan meningkat kerana berjaya menyediakan satu kampus induk baru untuk KUIN. Tetapi masalah kewangan yang menimpa KUIN terutama yang berkaitan dengan pembayran semua bentuk gaji, elaun, potongan kepada agensi ketiga dan sebagainya masih belum diselesaikan.

Maka berterusanlah KUIN dengan masalah kewangannya. 

Dengan sebab itu ada ura-ura untuk program pembukaan kampus baru serta Mega Konvo di Kuala Ketil nanti, beberapa orang besar dan penting bakal dijemput. Orang-orang besar ini diharapkan bakal menjana sumber kewangan baru dan tambahan kepada KUIN.

Sesuatu yang masih menjadi tandatanya ialah sehingga hari ini dikhabarkan yang kampus KUIN belum boleh diserahkan oleh Kedah Sato (Kontraktor utama) kepada KUIN. Ini disebabkan KUIN yang menghadapi perlbagai masalah tidak mahu menerima 'handover' dari Kedah Sato.
KUIN mengatakan yang Kampus Kuala Ketil tidak lengkap dengan peralatan serta persediaan seperti yang diharapkan. Tidak tahulah siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ini. 

Tapi untuk proses penyerahan, infrastruktur asa perlu siap lengkap. Ini termasuklah eletrik, air, tekomunikasi serta peralatan dalaman kampus selain dari infrasturktur penting yang perlu kelulusan pihak OSC dan KPT.

Dengan sumber kewangan yang amat tenat, bagaimana keperluan ini dapat disediakan?

Kedah Times cadangkan kepada KUIN supaya menjemput SPBYD Agong dan Perdana Menteri Malaysia datang ke program Mega Konvo dan pembukaan rasmi kampus KUIN. Mungkin duit akan terjun dengan banyak.

Senanglah mereka-mereka yang berada dalam anak syarikat KUIN spt Insan System, Insaniah Holdings dan sebagainya mengira-ngira berapa untuk bakal dibuat.

KUIN ... KUIN ...KUIN bijak merancang tapi perlaksanaan .....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates