Sabtu, 3 November 2012

Kenalpasti Ular Dalam Kerajaan

(Disesuaikan dengan matawang dan keluaran Malaysia)

Encik X bekerja dalam perkhidmatan Kerajaan. Encik X adalah bergred J. Bermakna untuk sebarang pemeriksaan atau permulaan projek, Encik X akan keluar pejabat dan pergi ke tapak projek. Walaupun gaji Encik X adalah tidak melebihi RM3k tetapi Encik X berupaya membina sebuah rumah agam, memiliki kereta Perdana, Persona dan Kancil. Encik X mempunyai tanggungan yang cukup banyak setiap bulan. Cara penyelesaian tanggungan adalah memerlukan Encik X bekerja berganda. Sepatutnya gaji Encik X adalah RM6k sebulan bukannya RM3k.

Perkara asas utama Encik X adalah dalam seminggu mesti dia perlu keluar ke lokasi projek melebihi 3 kali. Bermakna apabila keluar, Encik X boleh menuntut elaun perjalanan. Encik X akan mengisi borang tuntutan perjalanan seperti berikut. Kenderaan : Kereta Perdana. Bermakna setiap kilometer yang Kerajaan akan bayar balik kepada Encik X adalah 60 sen sekilometer. 

Kedua, Encik X akan keluar dengan kereta Perdana kemudian dalam perjalanan ke tapak projek, Encik X akan menukar kenderaan kepada kancil. Maka Encik X sudah dapat menjimatkan wang.

Maka kesimpulannya..Setiap bulan Encik X dapat 'survive'. 


Situasi 2

Waktu rehat sektor Kerajaan adalah dari pukul 1 sehingga pukul 2. Bagi yang menetap di sekitar pejabat, waktu rehat mereka yang asal ialah 12.30 tengahari sehingga 3 petang. Apabila ditanya, mereka akan menjawab perlu ambil anak ke sekolah, balik sediakan hidangan makanan untuk suami dan selebihnya, ambil masa perjalanan ke pejabat.

Situasi 3

Encik Y adalah pembantu pengurus. Juga bekerja dengan Kerajaan. Antara merangkumi tugasnya adalah mengadakan atau bertindak sebagai pengurus projek. Satu projek akan diadakan dan Encik Y perlu menyediakan beberapa keperluan untuk projek tersebut. Salah satu pembelian yang dilakukan oleh Encik Y melalui kerjasama pihak ketiga adalah membeli 100 peralatan kecil. Satu peralatan jika dibeli atas kedai atau sendirian adalah bersamaan RM15 tetapi Encik Y mampu membuat tempahan secara berinvois dengan satu peralatan berharga RM50. Maka apabila Encik Y ingin ditukarkan ke mana-mana jawatan, Encik Y sedaya upaya menolak kerana jiwa nuraninya sangat-sangat ingin berkhidmat dengan Kerajaan dengan tulus 'ikhlas'.

Situasi 4

Lembaga Pengarah bersidang sebulan sekali. Kekadang 3 bulan sekali. Sekali bermesyuarat mengambil masa 3 sehingga 4 jam. Dokumen yang disediakan untuk bermesyuarat adalah jika disusun di depan Pengerusi, maka yang akan didengar hanyalah suara Pengerusi sahaja. Jika Pengerusi tertidur sambil mendengar penerangan ahli-ahli lain pun, tiada siapa yang akan tahu kerana ketinggian dokumen menutupi keseluruhan wajah badan dan wajah Pengerusi. 

Untuk mendapatkan sebarang kelulusan daripada mesyuarat adalah dengan tertulisnya satu keputusan yang diambil iaitu 'Mesyuarat dengan ini mengesahkan bahawa bersetuju untuk bla.....bla....bla..." Dan cuba bayangkan sekiranya anda ingin mengubah apa-apa dasar secara telus atau sebaliknya.


Perkara di atas Kedahtimes kutip dari pembacaan dari kebanyakan negara. Syukurlah kerana dalam jabatan Kerajaan Malaysia, dari nombor 1 sehingga ke 4, tidak ada perkara seperti ini. Ini menunjukkann kakitangan Kerajaan Malaysia adalah nombor satu. Sebab tak ada pun kisah-kisah di atas yang berlaku di dalam negara.

psssst: Membaca itu jambatan ilmu. Berkongsi ilmu adalah tidak salah. :)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak dah, kalau mentaliti pegawai kerajaan terutamanya mat terap pencen macam ni la...mcm sial, kira nak bela kaum kerabat hangpa ja...dah terang benderang depa penipu dan kuat rasuah...nak bela apa lagi... mcm haram jadah lagi mat-mat pencen ni...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates